Kuala Lumpur, 23 Mac 2020: Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) telah memberikan sumbangan kepada warga B40 di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur.
Bantuan ini adalah untuk tempoh 10 hari iaitu sehingga 1 April 2020.
Seramai 42 orang, terdiri daripada warga emas, kurang upaya dan mereka yang terjejas punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18hb Mac 2020, telah dibantu.
Menurut Puan Suria Jamal (AJK Persatuan Penduduk PPR Desa Rejang), 42 warga PPR Desa Rejang tersebut terbahagi kepada tiga jenis golongan:
- Warga emas yang mana tahap imuniti mereka lemah dan mudah dijangkiti oleh COVID-19 sekiranya mereka keluar dari rumah. Ada di antara mereka yang telah kurang upaya dan mempunyai beberapa jenis penyakit.
- Warga bekerja yang sudah tidak boleh lagi bekerja di tempat kerja masing-masing kerana perlu akur pada PKP dan tinggal di dalam rumah.
- Keluarga yang mempunyai 8 orang ahli, merentas 3 generasi menetap di dalam rumah yang sama. Ketua keluarga tersebut, seorang wanita muda bersama anaknya yang masih kecil, baru sahaja kematian suaminya pada bulan 10 tahun lepas.
Sumbangan yang telah diberikan oleh YPH telah membantu memberikan makanan harian (nasi berlauk dan buah-buahan) kepada 34 orang daripada 42 warga PPR ini.
Keluarga 8 orang pula telah diberikan barang-barang asas seperti beras, minyak, gula, serta barang basah dan kering.
YPH telah diwakili oleh Saudara Faris Akmal bin Faizal dan isteri. Faris merupakan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.
Pada 21 Mac 2020, YPH telah melancarkan Tabung Bencana COVID-19 yang bertujuan mengumpul dana untuk membantu mereka yang terjejas pendapatan, kekurangan bekalan dan bertugas di barisan hadapan.
Semoga derma yang diberikan menjadi amal soleh lagi barakah.
Tuan/puan juga boleh bersama membantu mereka melalui Tabung Bencana COVID-19. Sila klik link berikut










