Baju Raya Untuk Anak Yatim

Muar, 1 Mei 2021: Sempena cuti hari buruh, Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) mengambil kesempatan membahagiakan anak-anak yatim dengan pembelian baju raya. Terserlah kegembiraan pada wajah anak-anak ini.

Sukarelawan YPH telah membawa mereka bersama ibu atau penjaga mereka pergi membeli belah pakaian untuk hari raya di sebuah butik.

Mereka terdiri dari dua keluarga yang telah mendaftar dengan YPH dan menerima bantuan sebelum ini.

Keluarga Intan mempunyai lima orang anak dan Keluarga Khairrunisa mempunyai dua orang anak. 

Pakaian lengkap hari raya telah ditaja oleh YPH.

Terima kasih kepada semua penderma yang telah memberi sokongan kuat kepada Dana Anak Yatim, YPH.

Dana Anak Yatim digunakan untuk mejaga kebajikan dan pendidikan anak yatim. Ia termasuklah menyediakan biasiswa untuk anak-anak yatim mendapat pendidikan yang baik seperti pendidikan Tahfiz atau sekolah Islam. 

Dana ini terbuka kepada anak-anak yatim seluruh Malaysia. Anda boleh turut serta melalui link berikut:

yph.my/anakyatim

Sesi pembelian baju raya Keluarga Intan

Sesi pembelian baju raya Keluarga Khairrunisa

Kongsikan di laman sosial anda

Picture of Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri adalah Pengurus Besar, Yayasan Pendidikan Hidayah. Memegang nilai menyemai empati, menabur bakti, Haji Ahmadon komited bersama pasukan YPH menyempurnakan amanah penderma melalui agihan yang bersepadu kepada golongan yang memerlukan.

Komen

RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00