sejarah penubuhan
yayasan pendidikan hidayah

permulaan perjuangan

Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH)  ditubuhkan pada 10 Disember 2018. Namun latar belakang ke arah penubuhannya telah bermula sejak 30 tahun yang lalu.

Pada 1989 Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah ditubuhkan atas usaha beberapa ibu bapa. Mereka mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan bersepadu, integrasi antara kurikulum Kementerian Pendidikan dan ilmu-ilmu asas Islam. SRIH mula beroperasi di rumah teres di Skudai hanya dengan 12 orang pelajar.

mencari tapak untuk bertapak

Sambutan yang menggalakkan memaksa SRIH mencari tapak tetapnya sendiri dan mula berpindah ke kampus tetapnya, tanah seluas 2.5 ekar, pada tahun 1991 di Kg Sinaran Baru, Skudai, Johor. 

Keperluan kepada penerusan tarbiah menyebabkan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) pula ditubuhkan pada tahun 2005.

Ia kemudiannya diikuti dengan penubuhan SRIH Batu Pahat pada tahun 2015 dan SMIH Batu Pahat pada awal tahun 2020.

mendaftar sebagai institusi pendidikan swasta

Demi memenuhi keperluan perundangan SRIH dan SMIH kemudiannya didaftarkan di bawah Pusat Pendidikan Hidayah Berhad (PPH).

PPH terdaftar sebagai entiti yang tidak berorentasikan keuntungan. SRIH dan SMIH didaftarkan sebagai sekolah Islam swasta dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (SRIH JJAB002 dan SMIH JLAB001) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

mendapat pengiktirafan

Dengan misi untuk menjadi sekolah Islam swasta unggul pada tahun 2020, SRI dan SMI Hidayah berusaha menjadi sekolah agama yang ditadbir dengan professional.

Kesan daripada usaha berterusan untuk sentiasa menambah baik kualiti pendidikan Hidayah, maka pada tahun 2016, Hidayah telah diiktiraf sebagai sekolah 5 bintang berdasarkan Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS), Kementerian Pendidikan Malaysia.

berkembang hingga murid melebihi 2,247 orang

Kini (2021, Hidayah memiliki 180 orang guru, mendidik 2,247 murid dengan dibantu oleh 59 kakitangan bukan akademik. Bermula dengan tanah 2.5 ekar kini berkembang menjadi 13 ekar hasil wakaf dan derma orang ramai. Sekolah Islam Hidayah Batu Pahat pula beroperasi di atas tapak 10 ekar yang telah diwakafkan kepada Hidayah.

melonjak dalam pelbagai arena

Kurikulum integrasi di Hidayah menyediakan system pendidikan Islam disusun dengan sistem yang berprestasi tinggi. Ia disulam dengan kokurikulum yang membolehkan pelajar mengasah bakat kepimpinan. Hidayah menonjol dalam arena perdebatan tanahair.  SMIH telah menjuarai perdebatan IIUM Interschool Debating Championship beberapa kali dalam kategori Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Ingeris.

Hidayah juga menonjol dalam arena sukan memanah dan telah mewakili negeri Johor ke SUKMA 2016. Pemanah-pemanah Hidayah juga telah menjuarai pertandingan memanah peringkat antarabangsa di Singapura. 

.

hasil sumbangan kepada hidayah

Hasilnya ramai alumni Hidayah yang telah melebihi 2,000 orang, kini berkhidmat dalam berbagai lapisan masyarakat dan pentadbiran negara.

Bermula daripada penubuhannya sehingga kini, Hidayah bergantung sebahagian besarnya kepada sumbangan orang ramai dan yuran pelajar.  Daripada kos pembelian tanah, pembinaan bangunan hinggalah kos operasi.

Alhamdulillah,  Hidayah terus berkembang pesat menerajui pendidikan holistik berteraskan Islam.

Hidayah telah menjalankan program Tahfiz di SMIH JB. Bermula tahun 2021, Hidayah akan memulakan progam Tahfiz di Segamat.  Tahfiz Batu Pahat pula dalam perancangan terdekat dan dijangka beroperasi pada tahun 2022..

 

penubuhan yph

Kini, Yayasan Pendidikan Hidayah telah tertubuh. Tujuan utama penubuhannya bagi mengumpul dana untuk menyediakan kemudahan dan bantuan pendidikan kepada pembelajaran  sekolah Islam terutamanya dan masyarakat yang memerlukan tapi berpotensi amnya.

menuju ke hadapan

Bagi memenuhi tujuan penubuhannya, YPH akan sentiasa aktif membantu masyarakat samada dalam pendidikan atau kebajikan. Kami menjemput anda sama-sama menyokong usaha YPH melalui Sumbangan Dana.

Sumbangan boleh dibuat menggunakan FPX, JomPAY atau Kredit Kad.

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Al-Baqarah: 261

MAKLUMAN



Infaq minima RM20

Untuk mengambil kira kos pengurusan, nilai minima Infaq Iftar ialah 2 pek bersamaan RM20.

Harap maklum
RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00