TABUNG INI DITUTUP SEMENTARA WAKTU

Terima kasih kepada semua penderma yang telah bermurah hati menyumbang.  Semoga ia menjadi amal soleh yang diberkati.

Tabung COVID-19 terkini: RM0

Ke Mana Sumbangan Disalurkan

Antara Penerima

Sasaran Bantuan

Mangsa COVID-19

Mangsa dan keluarga yang terkena jangkitan.

Golongan B40

Golongan berpendapatan harian yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan.

Pelajar Universiti

Yang diminta untuk kuarantin dan tidak mendapat bekalan yang secukupnya.

Petugas Baris Hadapan

Wira-wira yang bertugas untuk memastikan wabak ini ditangani sebaiknya.

Mengapa?

COVID-19 kini menjadi satu pandemik yang melanda seluruh dunia. Malaysia juga terkesan dengan wabak ini. 

Pada 17 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mewartakan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas seluruh rakyat Malaysia. Walau bagaimana pun terdapat sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencari makan sehari demi sehari. Pendapatan mereka adalah pendapatan harian dan mereka sangat terkesan dengan perintah kawalan pergerakan ini.

Golongan ini terputus daripada punca pendapatan. Mereka sukar untuk meneruskan kehidupan harian kerana mereka tidak boleh keluar untuk berniaga mahupun bekerja. 

Dalam masa yang sama, terdapat juga pelajar di Universiti tempatan tersekat tanpa bekalan makanan dan keperluan harian yang tidak mencukupi akibat sekatan ini. Malah, ramai di kalangan mereka adalah anak-anak golongan B40 yang tidak berkemampuan dan terpaksa tinggal di universiti.

Oleh itu Yayasan Pendidikan Hidayah ingin memulakan usaha untuk meringankan beban yang mereka tanggung ini. 

Kami ingin menjemput tuan dan puan untuk turut sama menyertai kami dalam usaha ini. Sama-sama kita ringankan beban rakan-rakan dalam negara yang kita cintai ini. 

Setiap ringgit yang tuan/puan sumbangkan dalam usaha ini adalah amat bermakna bagi saudara-saudara kita ini.

Bagaimanakah wang ini akan disalurkan?

Bekalan Rumah

Sumber bekalan dan keperluan untuk rumah bagi yang memerlukan.

Bantuan Kewangan

Bantuan kewangan untuk meringankan beban mangsa, keluarga mangsa dan B40 yang terkesan.

Makanan dan Minuman

Makanan dan minuman untuk petugas barisan hadapan dan pelajar-pelajar universiti.

Sebarkan

Punca Kuasa

YPH ditubuhkan di bawah Akta 258, Undang-undang Malaysia dengan nombor pendaftaran PPAB-26/2018 pada 10 Disember 2018. Agensi yang meluluskan ialah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Hakcipta Terpelihara © Pemegang Amanah
Yayasan Pendidikan Hidayah Berdaftar 2019.

MAKLUMAN



Infaq minima RM20

Untuk mengambil kira kos pengurusan, nilai minima Infaq Iftar ialah 2 pek bersamaan RM20.

Harap maklum

Tabung Infaq Kebajikan dan Pendidikan

RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00