Skudai, 21 Jan 2022: Seramai 100 orang pelajar lelaki Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Skudai Johor telah menerima bantuan makanan sihat dari Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH).
Bantuan kepada pelajar asrama lelaki SMIH ini berbentuk buah-buahan untuk makan tengahari dan makan malam. Tempoh bantuan selama 7 hari.
Beberapa orang pelajar SMIH telah ditimpa musibah COVID-19. Pihak pengurusan SMIH telah mengambil langkah drastik dengan menutup operasi sekolah dan pelajar asrama dilarang balik ke rumah.
Semua pelajar terpaksa dikuarantin di asrama mengikut kumpulan bergejala dan tidak bergejala.
YPH mengambil inisiatif mememberi keceriaan kepada mereka dalam bentuk bantuan beranika buah-buahan. Ia juga sebagai langkah menambahkan zat makanan kepada pelajar dalam menghadapi musibah COVID-19.
Terima kasih kepad semua penyumbang. Anda juga boleh turut serta membantu projek-projek seterusnya melalui link berikut