Bantu Bina Fasa 2 AgroEduFarm di Sekolah Islam Hidayah Batu Pahat​

Sasaran

RM 5000

Skrol untuk maklumat lanjut

Apakah yang ingin dibuat?

Bina Fasa 2 Projek AgroEduFarm di Sekolah Islam Hidayah Batu Pahat. 

Fasa 2 ini ialah pembinaan sebuah Taman Fertigasi di ruang antara bangunan Ridhwan dan perpustakaan Sekolah Islam Hidayah.

Mengapa?

Di Sekolah Islam Hidayah Batu Pahat, kami percaya bahawa pembelajaran tidak terhad hanya di dalam kelas. Apa yang berlaku di persekitaran sekolah juga termasuk perkara yang boleh dipelajari oleh anak-anak murid yang kami kasihi. Apatah lagi apabila ia mempunyai perkaitan yang rapat dengan apa yang mereka pelajari di sekolah. Buat anak-anak tingkatan 1, fertigasi termasuk topik yang mereka pelajari dalam usaha untuk memahami proses reka bentuk teknologi.

Selain itu, projek ini dapat mewujudkan suasana persekitaran yang hijau dan tenang di luar kelas-kelas anak-anak Hidayah. Suasana yang tenang dalam membantu anak-anak menjalani pembelajaran dengan lebih ceria dan bersemangat.

Hasil daripada projek ini juga dalam menyumbang kepada dana pendidikan sekolah. Ini akan dapat membantu dalam menyumbang kepada prasarana yang diperlukan untuk pendidikan anak-anak di Hidayah agar menjadi lebih berkualiti dan lebih berkesan.

Kenali Hidayah BP

Sekolah Islam Hidayah adalah sekolah yang melaksanakan misi untuk melahirkan insan rabbani – insan yang berilmu, beramal, bertaqwa dan memimpin. Sekolah ini adalah sekolah swasta sepenuhnya dan berorientasikan kebajikan. Oleh itu sekolah ini beroperasi bergantung kepada yuran persekolahan murid dengan margin keuntungan yang kecil dan membangun dengan sumbangan dana orang ramai.

Taman Fertigasi Fasa 1

Di Sekolah Islam Hidayah Batu Pahat, telah dimulakan inisiatif Projek AgroEduFarm fasa pertama, iaitu Taman Fertigasi kecil di ruang sebelah Hentian Hidayah. Kini Projek AgroEduFarm ini telah tiba kepada fasa yang kedua, oleh itu kami mohon tuan-tuan dan puan-puan membantu kami dalam usaha ini.

Bagaimana anda boleh membantu?

Taja Tanaman AgroEduFarm

Berikan sumbangan untuk menaja pohon yang akan ditanam di kawasan tanaman fertigasi AgroEduFarm Hidayah.

Tularkan

Tularkan projek ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda supaya lebih ramai berpeluang untuk memberi sumbangan.

Taja Tanaman. Bina Aset Akhirat.

Tularkan

MAKLUMAN



Infaq minima RM20

Untuk mengambil kira kos pengurusan, nilai minima Infaq Iftar ialah 2 pek bersamaan RM20.

Harap maklum

Tabung Infaq Kebajikan dan Pendidikan

RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00