Menganjurkan Lawatan Untuk Kanak-Kanak
08/06/2024. Membawa kanak-kanak melawat kilang coklat. Seramai120 orang kanak-kanak berumur 7-12 tahun terlibat. Program ini bertujuan memberi pendedahan kanak-kanak kepada konsep pembelajaran di luar bilik darjah. Ia sebahagian daripada longlife learning.. Sila klik untuk berita lanjut.

Kempen Kesedaran Perjuangan Palestin
24/05/2024. Menganjurkan bersama dengan MyCare, kempen kesedaran perjuangan Palestin. Ceramah disampaikan oleh penasihat MyCare PM Dr Hafizi Mohd Nor. Majlis dilaksanakan di Dewan Khandak, Sekolah Islam Hidayah.

Bantuan Buku dan Uniform Sekolah
15/05/2024. Bantuan buku sekolah dan baju sukan kepada 2 orang anak Pn.Rohana Hussein yang berkerja sebagai tukang masak di Hidayah Cafe. Suami beliau tidak boleh berkerja kerana menghidap penyakit jantung yang kronik sejak beberapa tahun yang lalu.

Bantuan Buku dan Uniform Sekolah
15/05/2024. Bantuan buku sekolah dan baju sukan kepada 2 orang anak Pn.Rohana Hussein yang berkerja sebagai tukang masak di Hidayah Cafe. Suami beliau tidak boleh berkerja kerana menghidap penyakit jantung yang kronik sejak beberapa tahun yang lalu.
Bantuan Iftar Percuma
15/03/2024. Mengedarkan 130 pek iftar percuma kepada mereka yang memerlukan di kalangan penduduk perkampungan Kempas, Johor Bahru.
Sila klik untuk berita lanjut.
Sila klik untuk berita lanjut.
Bantuan Ramadan
12/03/2024. Bantuan barang dapur kepada 10 keluarga asnaf sekitar Johor Bahru.
Sila klik untuk berita lanjut.
Sila klik untuk berita lanjut.
Bantuan Biasiswa Pelajar
10/03/2024. Bantuan biasiswa kepada pelajar di Sekolah Islam Hidayah. Mereka terdiri dari pelbagai latar belakang. Antaranya pelajar tahfiz, anak yatim atau pun pelajar dari keluarga asnaf. Bantuan yang diberikan antaranya dalam bentuk yuran pengajian, yuran asrama dan makan tengahari. Bantuan diberikan sepanjang tahun pengajian sesi 2024.
Bantuan Pengajian Universiti Jordan
07/03/2024. Bantuan kos pengajian kepada 3 orang mahasiswa di Universiti Yarmouk, Jordan. Muhammad Najmi Bin Mohd Shaiful Niza, Muhamad Arif Fikri Bin Mohd Azwan dan Danial Nur Iman Bin Anis Hillmi. Mereka masih belum menerima biasiswa atau pinjaman pendidikan daripada mana- mana pihak.
Bantuan Pendidikan
27/02/2024. Bantuan buku dan pakaian seragam sekolah kepada adik 11 tahun yang bersekolah di SK INDAHPURA 1 (Pendidikan Khas/Autisme), Kulai Johor.
Bantuan Pendidikan
24/02/2024. Serahan bantuan kepada keluarga En.Afzainizam bin Paimin yang beralamat di Parit Jawa, Muar. YPH membantu membayar yuran PIBG dan kos buku sekolah 2 orang anak beliau yang bersekolah di SMK Raja Muda, Muar, Johor.
Bantuan Pendidikan Back 2 School
20/02/2024. Serahan bantuan kepada keluarga bapa anak 7 orang, En.Md Haimin Bin Md Razali yang beralamat di Senai, Johor. YPH membantu membayar yuran PIBG, yuran sekolah agama dan kos buku sekolah 4 orang anak beliau yang bersekolah di SK Tmn Indahpura 2, Kulai Johor.
Khatan Perdana dan Bantuan Back 2 School
17/02/2024. Program Back2School dan Khatan Perdana YPH 2024. Peserta khatan : 55 orang. Peserta B2S : 95 orang. Semua penerima terdiri dari anak yatim, asnaf dan B40. Majlis diadakan di Dataran Amanah, Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru.
Sila klik untuk berita lanjut.
Sila klik untuk berita lanjut.