Johor Bahru, 09 Oktober 2020.
Sempena Bulan Kesedaran Sindrom Down (Down Syndrome Awareness Month), Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) telah membuat lawatan ke Pusat Sindrom Down Kiwanis, Johor Bahru.
Tujuan lawatan adalah untuk meraikan dan menyelami lebih dekat proses pembelajaran anak-anak sindrom down.
Pusat ini merupakan sekolah anak-anak sindrom down di bawah naungan Kiwanis Down Syndrome Foundation Johor bahru (KDSFJB).
YPH diwakili oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Ahmadon Bakri. Rombongan YPH telah disambut dan diraikan sendiri oleh Ms Ivy Chee (Pengerusi KDSFJB), Guru Besar dan beberapa staf yang lain.
YPH telah membawa hadiah berupa mask guna semula, makanan dan minuman untuk meraikan anak-anak di pusat tersebut.
Bulan Oktober adalah bulan kesedaran Sindrom Down sedunia.
Lawatan dan bantuan ini bertepatan dengan dasar YPH iaitu untuk memberi bantuan kepada semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.
Anda juga boleh membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui link berikut:



