Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

YPH Bantu Beri Barang Makanan Kepada Asnaf di Skudai

Skudai, 24 Mac 2020: 

Tabung Bencana COVID-19 anjuran Yayasan Pendidikan Hidayah terus membantu mereka yang dalam kesempitan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18hb Mac 2020.

Bantuan kali ini diberikan kepada keluarga asnaf dan mereka yang terkesan pendapatannya di kawasan Taman Pulai Utama dan Taman Universiti, Skudai Johor.

Sebanyak kira-kira 20 keluarga telah mendapat manfaat dalam bentuk barang-barang kepeluan dapur seperti beras, sadin, tepung, gula, telur dan teha

Projek bantuan ini dibuat dengan kerjasama Masjid At-Taqwa, Taman Pulai Utama, Skudai. Bantuan diberikan dalam dua peringtat.

Pada peringkat pertama, pihak masjid  telah mengenal pasti keluarga asnaf yang kritikal dan memerlukan bantuan segera. Barangan dihantar ke rumah masing-masing penerima melalui bantuan kedai rucit berdekatan.

Peringkat kedua pula tertumpu kepada mereka yang terjejas pendapatan mereka akibat  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.  Penerima dikehendaki mengambil barang-barang keperluan di kedai runcit yang telah dikenalpasti.

 

Pada 21 Mac 2020, YPH telah melancarkan Tabung Bencana COVID-19 yang bertujuan mengumpul dana untuk membantu mereka yang terjejas  pendapatan, kekurangan bekalan dan bertugas di barisan hadapan.

Semoga derma yang diberikan menjadi amal soleh lagi barakah.

Tuan/puan juga boleh bersama membantu mereka melalui Tabung Bencana COVID-19. Sila klik link berikut

yayasanhidayah.my/covid-19

Tabung Infaq Ramadan

RM
akan ditambah yuran bayaran online
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM100.00