Yayasan Pendidikan Hidayah Lancarkan Dana Anak Yatim Khairrunisa

Johor Bahru, 11 Mei 2020.

Yayasan Pendidikan Hidayah telah melancarkan Dana Anak Yatim Khairrunisa (DAYaK).

Ia bertujuan untuk membiayai kos sara hidup dan kos pesekolahan dua orang anak yatim piatu yang kematian ayah dan ibunya.

Pada 10 Mei 2020, satu kemalangan maut di Lebuhraya PLUS, telah berlaku pada kira-kira pukul 11 malam. Ia telah meragut nyawa Khairrunisa Azman, 34, dan suaminya Herry Mohd Ali, 43.  Namun dua anak lelaki mereka, Anas bin Herry dan Ayyash bin Herry, terselamat.

Kejadian dikatakan berpunca dari tayar kereta pecah lalu kereta terbabas dan melanggar pokok di bahagian tanah rizab tepi jalan.

Kejadian hanya disedari orang awam sekitar 10.40 pagi, 11 Mei 2020, keesokanya.

Maka selama kira-kira 12 jam, kedua-dua anak yatim piatu itu berada dalam kegelapan, kesakitan, ketakutan, kesejukan, kelaparan dan dahaga tanpa bantuan. Terus menerus menangis, di sisi ayah dan ibu yang sudah terkulai tidak bernyawa.

Kedua-dua anak itu kemudiannya telah dirawat di Hospital Kulai. Ayah dan ibu mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Hospital Sultan Ismail, Tebrau, Johor.

Almarhumah Khairrunisa adalah pelajar Master di UTM dalam bidang kaunseling. Beliau juga pernah menjadi guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Adalah menjadi hasrat kedua Almarhum untuk anaknya mendapat pendidikan di Sekolah Rendah islam Hidayah. Ibu Almarhumah telah menceritakan hal ini ketika dikunjungi wakil Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) dan Pusat Pendidikan Hidayah (PPH).

Yayasan Pendidikan Hidayah mengambil inisiatif untuk mengumpul dana untuk bantuan sara hidup dan belanja pembelajaran kedua-dua anak yatim ini.

Dana Anak Yatim Khairunisa  (DAYaK) dilaancarkahn untuk tujuan ini. 

Gambar (dari kiri): Tuan Haji Azman Jafar (ayah Khairrunisa), ibu Khairrunisa, ibu Herry (suami Khairrunisa), Tuan Haji Ahmadon Bakri (Pengurus Besar, Yayasan Pendidikan Hidayah) dan Ustaz Mohd Jelani Ramly (Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pendidikan Hidayah).

Kongsikan di laman sosial anda

Picture of Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri adalah Pengurus Besar, Yayasan Pendidikan Hidayah. Memegang nilai menyemai empati, menabur bakti, Haji Ahmadon komited bersama pasukan YPH menyempurnakan amanah penderma melalui agihan yang bersepadu kepada golongan yang memerlukan.

Komen

RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00