Yayasan Pendidikan Hidayah mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Cikgu Azman bin Adnan di atas perlantikannya sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang baru.
Seperti yang diumumkan oleh facebook Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Cikgu Azman bin Adnan dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor berkuatkuasa 26 April 2019.
Yayasan Pendidikan Hidayah juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Cikgu Azman bin Adnan kerana telah menyempurnakan majlis pelancaran Yayasan Pendidikan Hidayah.
Majlis ini telah berlangsung pada 20 April 2019 di Dewan Glulam, Tampoi, Johor bahru iaitu sempena Majlis Ihtifal ke 23, Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru

