Kluang, 25 Mac 2020: Hospital Kluang, Johor telah mendapat bantuan dari Tabung Bencana COVID-19 anjuran Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH)
Bantuan ini dibuat bersempena dengan hari pertama bemulanya Hospital Kluang menjadi hospital khusus untuk rawatan pesakit-pesakit COVID-19.
Sebanyak sepuluh (10) biji kipas berdiri telah diserahkan kepada pihak hospital untuk memberi keselesaan kepada para petugas barisan hadapan seperti doktor dan jururawat.
Bermula pada 25 Mac 2020, Hospital Kluang dijadikan pusat rawatan pesakit COVID-19 negeri Johor.
Projek ini telah dibuat dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Kluang. Tuan Haji Ahmad Hashimy bin Halimy selaku YDP IKRAM Kluang telah berbesar hati menyerahkan bantuan ini bagi pihak YPH.
Pada 21 Mac 2020, YPH telah melancarkan Tabung Bencana COVID-19 yang bertujuan mengumpul dana untuk membantu mereka yang terjejas pendapatan, kekurangan bekalan dan bertugas di barisan hadapan.
Semoga derma yang diberikan menjadi amal soleh lagi barakah.
Anda juga boleh membantu:
yayasanhidayah.my/covid-19/

