SUMBANGAN RAMADAN FELDA ULU TEBRAU

Johor Bahru, 1 Jun 2019: Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) telah menyampaikan sumbangan Bingkisan Ramadan sempena bulan puasa 2019 kepada golongan asnaf di Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru.  

Sumbangan ini adalah sebahagian dari sumbangan ibu bapa pelajar Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) yang disalurkan melalui YPH.

Usaha ini selari dengan tujuan YPH ditubuhkan iaitu menyediakan kemudahan prasarana dan bantuan pendidikan kepada SRIH dan SMIH khususnya, dan orang ramai yang memerlukan dan berpotensi amnya.

Majlis telah dilaksanakan di Balai Raya Felda Ulu Tebrau dan di rasmikan oleh ADUN Kota Puteri, En Mazlan Bujang.

YPH telah diwaklili oleh Pengurus Besarnya, Tuan Haji Ahmadon Bakri.

Seramai 25 oarng asnaf telah merima sumbangan Ramadan berbentuk barangan dapur seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain. Peserta juga menerima wang tunai sebagai bantuan menghadapi hari raya Aidil Fitri.

Selain mengutip dana untuk menyediakan kemudahan pembelajaran di Hidayah, YPH juga mengumpul dana untuk disampaikan kepada golongan yang memerlukan.

Terdapat tiga buah  sekolah yang bernaung di bawah YPH iaitu SRIH JB, SRIH BP dan SMIH JB. Sekolah yang ke 4 iaitu SMIH BP akan mula beroperasi pada sessi 2020. 

Kongsikan di laman sosial anda

Picture of Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri adalah Pengurus Besar, Yayasan Pendidikan Hidayah. Memegang nilai menyemai empati, menabur bakti, Haji Ahmadon komited bersama pasukan YPH menyempurnakan amanah penderma melalui agihan yang bersepadu kepada golongan yang memerlukan.

Komen

RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00