Johor Bahru, 13 Mei 2019: Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menerima sumbangan beras, kopi dan minyak masak dari Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal. Penyerahakn sumbangan dibuat oleh wakil khas Menteri Besar, En Ikram di kediaman rasmi Menteri Besar di Bukit Saujana pada 13 Mei 2019. Pengurus Besar YPH, Tuan Haji Ahmadon Bakri telah menerima sumbangan tersebut bagi pihak YPH dan IKRAM. Sumbangan akan disampaikan kepada fakir miskin sekitar kawasan Iskandar Puteri, Johor melalui program Bingkisan Ramadan anjuran bersama YPH dan IKRAM.Iskandar Puteri.
YPH adalah sebuah yayasan yang baru ditubuhkan pada 10 Dec 2018 di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ia bertujuan mengumpul dana untuk pembangunan dan bantuan pendidikan kepada Sekolah Islam Hidayah khususnya dan masyarakat umum yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi amnya.