Pada 28 September 2019, telah berlangsungnya Seminar Komunikasi Keibubapaan yang bertajuk Bicara Seorang Ibu, Lisan Seorang Ayah berasa Ustaz Adnan di Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani, Kedah. Seminar ini dihadiri oleh ibu bapa Mahad Tahfiz Al-Islah, Sekolah Rendah Islam Al-Islah dan Sekolah Menengah Islam Al-Islah. Jumlah peserta lebih kurang 300 orang. Seminar Komunikasi Keibubapaan ini memberi fokus kepada teknik menggunakan lisan yang berkesan antara ibu bapa dan anak-anak.
Seminar ini terbahagi kepada dua – 9 Bahasa Dosa dan 9 Bahasa Cinta
9 Bahasa Dosa:
1. Mengugut
2. Menyindir
3. Mengungkit
4. Membebel
5. Membanding
6. Mencaci, menghina, mencarut
7. Merendah-rendahkan
8. Mengumpat
9. Menuduh dan memfitnah
9 Bahasa Cinta
1. Melembutkan lisan
2. Menasihati
3. Memberikan peringatan
4. Bercerita
5. Memberikan perumpamaan
6. Menggunakan logik
7. Menggunakan komunikasi terbuka (open communication)
8. Diam
9. Mendoakan
