Ruang Kerjasama Pembangunan Belia

Sesi perbincangan bersama YB Sheikh Omar, EXCO Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

Skudai, 6 Jul 2019. Yayasan Pendidikan Hidayah telah dijemput untuk bersama meraikan Program IMAN FAMILY FUN DAY 2019 yang telah dijayakan di Stadium Tan Sri Azman Hashim, UTM Skudai.

Program yang dianjurkan oleh Rangkaian Tadika IMAN dan Taska IMAN itu telah dirasmikan oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi. YB Sheikh Umar juga merupakan salah seorang ahli Lembaga 

Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).

YPH telah diwakili oleh Pengurus Besarnya,Tuan Haji Ahmadon Bakri.

Di kesempatan dalam pertemuan tersebut Tuan Haji Ahmadon telah memperkenalkan YPH kepada YB. 

Perbincangan juga menjurus kepada peluang kerjasama untuk program pembangunan kepimpinan pelajar sekolah yang bakal menjadi belia pelapis kepimpinan negara.

Sekolah Islam Hidayah yang telah berpengalaman selama 30 tahun mendidik pelajar sedia bekerjasama untuk merangka dan menganjurkan program kepimpinan pelajar bersama kerajaan negeri Johor dan juga YADIM.

YPH mempunyai Jabatan Latihan dan Pembangunan Masyarakat yang berperanan memberi latihan kepada staff Sekolah Islam Hidayah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Jabatan ini diketuai oleh En Adnan Omar.

Kongsikan di laman sosial anda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri adalah Pengurus Besar, Yayasan Pendidikan Hidayah. Memegang nilai menyemai empati, menabur bakti, Haji Ahmadon komited bersama pasukan YPH menyempurnakan amanah penderma melalui agihan yang bersepadu kepada golongan yang memerlukan.

Komen

Tabung Infaq Kebajikan dan Pendidikan

RM
akan ditambah yuran bayaran online
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00