Kelang, 11 Oktober 2019: Telah berlangsungnya program motivasi untuk pelajar tingkatan 6 di SMK Sg Kapar Indah, Kelang bersama Ustaz Adnan Omar. Program ini memberi fokus kepada tiga tajuk utama:
1. Rahsia Hidup Luarbiasa
2. Selamatkah Aku Di Alam Siber?
3. Cinta oh Cinta!
Tajuk pertama membincangkan 3 strategi untuk menjadi pelajar yang luar biasa:
1. Tujuan hidup yang luarbiasa
2. Gaya hidup yang luarbiasa
3. Jatidiri yang luarbiasa
Tajuk kedua membincangkan etika, adab dan cabaran apabila melayari internet. Perbincangan tertumpu kepada bahaya internet untuk remaja dan teknik yang sesuai untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan emosi bila menggunakan internet.
Tajuk ketiga membincangkan isu-isu berkaitan dengan kelakuan seksual di kalangan remaja masa kini. Perbincangan memberi fokus kepada bahaya ponografi, penyakit kelamin dan budaya jatuh cinta yang tidak sihat di kalangan remaja. Pelajar juga diberikan cara dan teknik untuk mencegah dan mengawal diri dari terlibat dalam aktiviti seksual yang merosakkan diri dan masa depan.


