Johor Bahru, 31 Julai 2020
Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Salam pengorbanan dan salam kejayaan kepada semua.
Setiap yang berjaya dimulai dengan pengorbanan. Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) mengorak langkah hasil pengorbanan anda sekelian. Sumbangan anda membolehkan berbagai aktiviti YPH berjaya dilaksanakan.
Sempena hari raya korban kali ini, sebanyak 317 bahagian lembu dan 10 ekor kambing berjaya dilaksanakan korbannya melalui YPH.
Kami berkerja keras menghargai pengorbanan berterusan anda. Hasilnya YPH telah diberi status pengecualian cukai oleh LHDN bermulan 1 Julai 2020. Derma anda selepas ini akan dikecualikan cukai.
Teruskan beramal dan berkorban memburu kejayaan dunia dan akhirat bersama YPH.
Salam Aidil Adha. Maaf zahir dan batin.
HAJI AHMADON BAKRI
Pengurus Besar