Perutusan Aidil Fitri 1441H 2020M

Johor Bahru, 24 Mei 2020.

Assalamualaikum

Ramadan telah melabuhkan tirainya. Sesungguhnya Allah telah menyaksikan hamba-hambanya berpesta amal ibadah, termasuklah infaq.

Sepanjang Ramadan, Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) sebagai sebuah entiti kebajikan dan pendidikan telah menganjurkan berbagai kutipan derma. Jumlah keseluruhan kutipan diperolehi sepanjang Ramadan ialah RM 601,393.52. YPH ingin menyatakan rasa syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua penyumbang.

Sebanyak RM 350,106.00 dari jumlah di atas adalah kutipan khas untuk anak yatim piatu Khairrunisa. Ia dikutip dalam tempoh 5 hari sahaja.

Terima kasih diucapkan kepada 3 orang pasukan sukarelawan yang bekerja dengan cemerlang dan sentiasa mendapat bimbingan lembaga pemegang amanah.

Sebagai yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri, adalah menjadi komitmen YPH untuk menjaga amanah kutipan ini dengan sebaiknya.

YPH akan mengurus dan menyalurkan dana ini mengikut tujuan setiap tabung atau dana itu diwujudkan. Fokus utama bantuan ialah untuk kebajikan dan pendidikan terutamanya kepada anak yatim, fakir miskin, pembelajaran Tahfiz, sekolah Islam dan mangsa bencana COVID-19.

Sesuai dengan misi penubuhannya, YPH akan terus melakukan kerja-kerja amal. Tentunya ia memerlukan sokongan tuan/puan. Teruskan menyokong usaha-usaha YPH melalui link
yayasanhidayah.my/infaq

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Hj Ahmadon Bakri
Pengurus Besar
Yayasan Pendidikan Hidayah
yayasanhidayah.my

Kongsikan di laman sosial anda

Picture of Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri adalah Pengurus Besar, Yayasan Pendidikan Hidayah. Memegang nilai menyemai empati, menabur bakti, Haji Ahmadon komited bersama pasukan YPH menyempurnakan amanah penderma melalui agihan yang bersepadu kepada golongan yang memerlukan.

Komen

RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00