Pasirris Babus Salam

Pasirris Babaus Salam adalah bangun induk di Sekolah Islam Hidayah Batu Pahat. Ia mula dibina pada tahun 1988 oleh sekumpulan jamaah wirid yang sebahagiannya datang dari kawasan Pasirris, Singapura. 

Setelah ketua kumpulannya meninggal dunia, maka wirid secara jamaah ini tidak lagi aktif. Akhirnya kawasan ini menjadi malap dan tidak digunakan.  

Pada akhir tahun 2015, semua bangunan di sini bersama tapak sekelilingnya telah diwakafkan kepada Sekolah Islam Hidayah.  Ia kemudiannya diubahsuai dan dijadikan Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, Johor.

Bermula sesi persekolahan 2016, Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat mula beroperasi. Sekolah Menengah Islam Hidayah Batu Pahat pula akan memulakan operasinya di tapak yang sama bermula sessi persekolahan 2020.

SRIH BP, seperti SRIH JB, adalah sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia.  Tiga tahun selepas SRIH beroperasi, Kementerian Pendidikan telah mengiktiraf SRIH BP sebagai pusat peperiksaan UPSR.

SRIH BP telah mula melaksanakan peperiksaan UPSR pada sesi 2019.  SRIH BP akan mula membina bangunan 3 tingkat mengandungi 21 kelas untuk menampung operasinya. 

Kongsikan di laman sosial anda

Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri adalah Pengurus Besar, Yayasan Pendidikan Hidayah. Memegang nilai menyemai empati, menabur bakti, Haji Ahmadon komited bersama pasukan YPH menyempurnakan amanah penderma melalui agihan yang bersepadu kepada golongan yang memerlukan.

Komen

Tabung Infaq Kebajikan dan Pendidikan

RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00