Yayasan Pendidikan Hidayah Bantu Noralya Norazman

  • Edit
 
 

AHAD, 10/02/2019. Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) telah berjaya membantu adik Noralya binti Norazman meneruskan cita-citanya untuk menimba ilmu setelah lebih setahun tergendala. Anak kepada keluarga B40 di Taman Pulai Utama, Skudai ini telah terhenti persekolahannya sejak lebih satu tahun yang lalu. Beliau akan memulakan persekolahannya semula pada Isnin, 11/02/2019 di Sekolah Menengah Taman Universiti 1, Skudai.

YPH adalah sebuah yayasan yang ditaja penubuhannya oleh Pusat Pendidikan Hidayah (PPH). 

YPH didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mula beroperasi sejak 26 Dec 2018. YPH bertujuan menjadi pusat pengumpulan dana dari orang ramai untuk pendidikan. 

Di antara objektif YPH adalah menyediakan prasara dan bantuan pendidikan kepada Sekolah Islam Hidayah dan masyarakat umum yang kurang berkemampuan.

Kongsikan di laman sosial anda

Picture of Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri adalah Pengurus Besar, Yayasan Pendidikan Hidayah. Memegang nilai menyemai empati, menabur bakti, Haji Ahmadon komited bersama pasukan YPH menyempurnakan amanah penderma melalui agihan yang bersepadu kepada golongan yang memerlukan.

Komen

RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00