Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Doktor pakar kunjungi Yayasan Pendidikan Hidayah menyatakan penghargaan sistem pendidikan Sekolah Islam Hidayah dengan memberi sumbangan

Johor Bahru, 02 September 2020.

Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) telah menerima kunjungan Dr. Mohammed Sulaiman Ibrahim, seorang doktor pakar di salah sebuah hospital pakar swasta di Johor Bahru.

Kunjungan beliau telah disambut oleh Pengerusi YPH Professor Dr. Azlan Ab Rahman, Pengurus Besar YPH Haji Ahmadon Bakri dan Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah Haji Hassan Hushin.

Kesempatan pertemuan ini dimanfaatkan dengan sesi perbincangan dan pertukaran idea berkaitan pendidikan di SRIH dan SMIH. 

Dr Mohammed Sulaiman telah menyatakan penghargaannya ke atas sistem pendidikan di SRIH dan SMIH yang telah memberi kesan yang baik kepada anak-anaknya.

Kedua-dua anak beliau telah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan kemudianya melanjutkan pendidikan di Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).

Anak sulong Dr Mohammed Sulaiman, perempuan, selepas tamat tingkatan lima telah melanjutkan pelajaran ke Jordan mengikuti kursus Kewangann Islam di Yarmouk University. Telah tamat pengajian dan kini beliau bertugas di salah sebuah bank di Malaysia.

Anak kedua beliau juga telah mendapat pendidikannya di SRIH dan SMIH. Selepas tamat tingkatan tiga, beliau kini menyambung pendidikan di MRSM Tun Ghafar Baba.

Di akhir perbincangan Dr Mohammed Sulaiman telah menyampaikan sumbangan wang sebagai tanda sokongan kepada usaha pendidikan di Hidayah.

Semoga Allah memberkati rezeki dan kehidupan Dr Mohammed Sulaiman Ibrahim dan keluarga, dunia dan akhirat.

Anda juga boleh membuat sumbangan secara online di

yayasanhidayah.my/infaq

Tabung Infaq Ramadan

RM
akan ditambah yuran bayaran online
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM100.00