Johor Bahru, 28 September 2020.
Yayasan Pendidikan Hidayah mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga Almarhum Md Azmani Syah bin Muhamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 4.11 petang, 28 Sept 2020.
Almarhum telah dirawat di ICU HSa selama 15 hari akibat komplikasi buah pinggang.
Almarhum meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Dua anaknya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan seorang di Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).
Semasa hayatnya almarhum banyak terlibat dengan kerja amal. Selain menjadi bendahari PIBG Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH), Johor Bahru, almarhum juga banyak membantu pengumpulan dana pembangunan dan pengoperasian Sekolah Islam Hidayah..
Kali terakhir, almarhum berkhidmat dengan Senai Airport Berhad. Almarhum juga merupakan AJK Masjid Senai Airport, Senai.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama para solehin.
Ana boleh membantu anak-anak yatim melalui link berikut.
BERITA SEBELUM INI
Doakan Kebaikan Untuk En Md Azmani Syah, Bendahari PIBG SRIH dan AJK Masjid Airport Senai Yang Kini Dirawat di ICU HSA JB
Johor Bahru, 22 September 2020.
Yayasan Pendidikan Hidayah mengajak anda semua mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kepada En Md Azmani Syah bin Muhamad Ali.
Beliau telah ditahan selama 9 hari di ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat komplikasi buah pinggang. Menurut sumber, keadaan kesihatannya kini tidak stabil dan makin merosot.
En Azmani Syah mempunyai empat orang anak. Dua anaknya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan seorang di Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).
Beliau adalah bendahari PIBG Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH), Johor Bahru. Beliau banyak membantu pengumpulan dana pembangunan dan pengoperasian Sekolah Islam Hidayah.
Kira-kira 2,000 pelajar SRIH dan SMIH telah menunaikan solat hajat untuk kebaikan dan kesejahteraan En Azmani Syah.
En Azmani Syah juga merupakan AJK Masjid Senai Airport, Senai.
Semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuknya dengan kesejahteraan dan kesembuhan.
Gunakan link berikut untuk memberi sumbangan kebajikan dan pendidikan