Dana Anak Yatim Khairrunisa Ditutup Setelah Mencapai Sasaran RM 350,000

Johor Bahru, 16 Mei 2020.

Dana Anak Yatim Khairrunisa (DAYA Khair) anjuran Yayasan Pendidikan Hidayah telah dengan rasminya ditutup pada 16 Mei 2020 setelah mencapai sasaran.

Pada 10 Mei 2020, satu kemalangan maut di Lebuhraya PLUS, telah berlaku pada kira-kira pukul 11 malam. Ia telah meragut nyawa Khairrunisa Azman, 34, dan suaminya Herry Mohd Ali, 43.  Namun dua anak lelaki mereka, Anas Ayyash bin Herry, 6 dan Ahmad Huzaifah bin Herry, 4 terselamat.

Kedua-dua anak yatim piatu itu kemudiannya telah dirawat di Hospital Kulai. Ayah dan ibu mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Hospital Sultan Ismail, Tebrau, Johor.

Yayasan Pendidikan Hidayah telah mengambil inisiatif melancarkan kempen mengumpul dana untuk bantuan sara hidup dan belanja pembelajaran kedua-dua anak yatim piatu ini.

Pada 11 Mei 2020, DAYA Khair telah dilancarkan. Kempen dijalankan menggunakan platform YPH dan dihebahkan melalui sosial media iaitu facebook, twitter, instagram, telegram dan whatsapp.

Musibah yang menimpa anak yatim piatu ini ternyata mendapat simpati yang luar biasa dari masyarakat seluruh Malaysia.

DAYA Khair mencapai sasarannya dalam tempoh hanya 5 hari sahaja.

Ia kemudiannya digantikan Dana Anak Yatim (DAYA). Ia akan digunakan untuk membantu anak-anak yatim yang lain.

Sebagai yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri, adalah menjadi komitmen YPH untuk menjaga amanah kutipan ini dengan sebaiknya.

Urusan pentadbiran DAYA Khair ini sedang berjalan. Ia melibatkan penjaga baru anak yatim piatu iaitu ibu bapa kepada Almarhumah Khairrunisa, YPH  dan peguam.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang. Semoga ia menjadi amal soleh yang berkekalan pahalanya.

Teruskan membantu anak yatim di

yayasanhidayah.my/anakyatim

Kongsikan di laman sosial anda

Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri

Haji Ahmadon Bakri adalah Pengurus Besar, Yayasan Pendidikan Hidayah. Memegang nilai menyemai empati, menabur bakti, Haji Ahmadon komited bersama pasukan YPH menyempurnakan amanah penderma melalui agihan yang bersepadu kepada golongan yang memerlukan.

Komen

Tabung Infaq Kebajikan dan Pendidikan

RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00