Pasir Gudang, 14 Apr 2019: Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) telah menyampaikan sumbangan kepada 121 orang pelajar sekolah yang menjadi magsa bencana Kimia Pasir Gudang.
Tuan Haji Ahmadon Bakri selaku Pengurus Besar YPH telah menyampaikan bantuan tersebut.
Majlis dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort (70 orang), Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort (11 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih (31 orang dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih (9 orang).
Sumbangan telah dilaksanakan bersama iBantu sebuah NGO di bawah IKRAM Malaysia.
Pada 14 Mac 2019, YPH telah melancarkan TABUNG BENCANA KIMIA PASIR GUDANG. Ia bertujuan membuat kutipan derma bagi mmeudahkanorang ramai seluruh negara membantu mangsa Bencana Kimia Pasir Gudang. Ia selaras dengan tujuan penubuhan YPH yang bukan sahaja membantu Pembangunan dan Pendidikan Sekolah Islam Hidayah tetapi juga masyarakat umum yang memerlukan.

