30 April 2020. Johor Bahru, Johor.
Anak-anak dari Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh, Larkin, Johor Bahru telah mendapat sumbangan Tabung Infaq Ramadan dari Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH).
Sumbangan berupa:
1. barang-barang makanan kering,
2. set berbuka puasa dan makan malam,
3. telekung untuk anak perempuan,
4. kain pelikat, sejadah dan songkok untuk anak lelaki,
5. Cenderahati set makanan ringan
Seramai 58 orang anak mendapat perlindungan di rumah ini. Mereka terdiri dari 34 perempuan dan 24 lelaki dan berumur antara 2 hingga 21 tahun.
Mereka terdiri dari anak-anak yatim, yatim piatu, anak gelandangan yang diselamatkan, anak keluarga fakir miskin, anak keluarga bermasalah dan juga anak serahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sukarelawan-sukarelawan YPH telah menyampaikan sumbangan dan hadiah. Puan Aimi dan En Fitri yang merupakan penjaga anak-anak ini telah bersama-sama semua anak-anak menerima sumbangan ini.
Sempena bulan Ramadan penuh berkat, YPH telah melancarkan Tabung Infaq Ramadan. Ia dikhaskan untuk membantu fakir miskin, pembelajaran Tahfiz dan sekolah Islam. Kempen ini dibuka sepanjang Ramadan ini.
Sempena bencana COVID-19 pula, Yayasan Pendidikan Hidayah telah membuat kempen Tabung Bencana COVID-19 dan Tabung PPE Untuk Barisan Hadapan.
Gambar-gambar boleh di lihat di Album Facebook Rumah Qaseh.

