Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Al-Ikhsan

Skudai, 20 Nov 2019. Hari ini facebook saya dalam ruangan memory telah memaparkan gambar seorang insan yang telah mendermakan 3 kilo emas kepada Sekolah Islam Hidayah, 8 tahun yang lalu.

Insan berkenaan telah datang ke Hidayah dan menyerahkan sendiri infaqnya dalam majlis Ihtifal Sekolah Rendah Islam Hidayah 2011.

Emas itu kemudiannya telah dicairkan dalam bentuk tunai dan digunakan untuk membiayai sebahagian kos pembinaan Bangunan Amanah 2, Sekolah Rendah Islam Hidayah.  

Dialah Puan Hajah Siti Mariam binti Mahmood, Pengerusi Al-Ikhsan Sports (ketika itu), sebuah syarikat peralatan sukan ternama di persada tanahair.

Bermula dengan sebuah kedai peralatan sukan di Johor Bahru pada tahun 1993, Al-Ikhsan terus berkembang pesat di bawah pengurusan penuh pemiliknya, Tuan Haji Ali Hassan iaitu anak kepada Puan Hajah Siti Mariam binti Mahmood.

Pada 22 Mei 2015, Puan Hajah Siti Mariah binti Mahmood telah kembali ke rahmatullah.

Namun perniagaan yang diasaskan anaknya terus berkembang.  Kini Al-Ikhsan memiliki 127 cawangan di seluruh Malaysia, menjual berbagai jenama terkenal peralatan sukan antaranya Nike, Adidas, Puma dan Asics, 

Al-Ikhsan juga telah memenangi berberapa anugerah antarabangsa. Antaranya LARGEST Sports Retailer in South East Asia dan Worlds’s Brand Award (2019).

Di sebalik kejayan cemerlang ini Al-Ikhsan tetap terus berbakti kepada ummah. Di samping sentiasa membantu fakir miskin ia juga menunaikan zakat perniagaannya.

Tabung Infaq Ramadan

RM
akan ditambah yuran bayaran online
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM100.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.