PENGUMUMAN RASMI YPH

logo_YPH

PENJELASAN MENGENAI PENGUMUMAN TERBARU SSM DAN KEBENARAN KUTIPAN DERMA YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH (YPH)

Kami ingin memaklumkan kepada semua penyokong dan pihak berkepentingan bahawa Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) tidak terjejas oleh pengumuman terbaru dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai senarai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) yang dibenarkan mengutip derma.

Sebagai yayasan yang didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258], dengan nombor pendaftaran PPAB-26/2018, YPH dikawal sepenuhnya oleh JPM dalam hal-hal berkaitan dengan kutipan derma dan aktiviti pendidikan. Selain itu, YPH juga telah menerima kebenaran daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] untuk mengumpul derma, dengan nombor rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.8482. Semua derma tunai ke YPH layak mendapat pengecualian cukai LHDN.

Oleh itu, aktiviti kutipan derma kami tetap berjalan seperti biasa, mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh JPM dan LHDN. Pengumuman SSM yang melibatkan senarai SBMJ tidak mempengaruhi proses atau kelulusan kutipan derma kami.

Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kami di:

Nombor Telefon: 019-224 8080
E-mel: [email protected]
Laman Web: https://yph.my/web

Terima kasih.

Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH)
6 Ogos 2024

PENGUMUMAN SSM

Kuala Lumpur, 4 Ogos 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengambil inisiatif untuk memaparkan senarai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) yang mendapat kelulusan Menteri atau Pendaftar untuk mengutip sumbangan daripada orang ramai. Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang awam menyemak status terkini SBMJ yang berdaftar dan diberi kelulusan untuk melaksanakan kutipan sumbangan. Sebelum ini, hanya senarai SBMJ yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 dipaparkan di Portal SSM.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata, SSM sentiasa berusaha meningkatkan ketelusan dalam proses kutipan sumbangan oleh SBMJ. Beliau menyatakan, “Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan SSM untuk membantu orang awam membuat keputusan dengan mengetahui bahawa sumbangan mereka akan disalurkan kepada entiti yang mematuhi peruntukan undang-undang yang ditadbir SSM.”

Setakat ini, sebanyak 64 SBMJ telah memohon dan telah mendapat kelulusan untuk mengutip sumbangan daripada orang ramai. Senarai SBMJ yang dipaparkan di Portal SSM boleh membantu orang ramai membuat pertimbangan yang berinformasi sebelum membuat keputusan untuk memberi sumbangan kepada mana-mana SBMJ.

SBMJ adalah syarikat awam yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 tanpa modal saham dan beroperasi bukan untuk tujuan mendapatkan keuntungan. Liabiliti anggota sesebuah SBMJ terhad kepada amaun yang diaku janji oleh mereka untuk menyumbang sekiranya syarikat itu digulungkan. 

SBMJ mesti menggunakan keuntungannya untuk mencapai atau mempromosikan objektifnya, tidak boleh membayar dividen kepada ahlinya dan dalam kes pembubaran, semua aset yang biasanya akan tersedia untuk ahli mesti dipindahkan kepada badan lain dengan objektif yang sama atau badan yang mempromosikan kebajikan.

Adalah menjadi satu kesalahan jika SBMJ mengumpul sumbangan tanpa kebenaran daripada Menteri atau Pendaftar. Semua SBMJ perlu mematuhi Perenggan 23(d) dalam Garis Panduan SBMJ yang melarang pengumpulan sumbangan tanpa kebenaran. Kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 20E Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001.

Jika seseorang melanggar peraturan ini, Suruhanjaya atau Pendaftar boleh mengambil tindakan pentadbiran yang termasuk mengarahkan pematuhan, mengenakan penalti pentadbiran tidak melebihi RM500,000, atau mengambil langkah untuk meremedi pelanggaran dan membuat restitusi kepada pihak yang terkilan.

Sehingga 30 Jun 2024, sebanyak 2,202 SBMJ berdaftar dengan SSM dengan status “existing“.

Orang ramai boleh menyemak senarai SBMJ yang mendapat kelulusan untuk mengutip dana dan sumbangan melalui Portal SSM di www.ssm.com.my. Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa menyemak Portal SSM sebelum memberikan sumbangan kerana senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan tarikh luput kelulusan kutipan sumbangan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklum Balas, SSM Chatbot, Live Chat SSM di portal rasmi SSM, talian 03-7721 4000, atau emel [email protected].

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH: 4 OGOS 2024

MAKLUMAN



Infaq minima RM20

Untuk mengambil kira kos pengurusan, nilai minima Infaq Iftar ialah 2 pek bersamaan RM20.

Harap maklum
RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00