Perkhemahan Tahunan KRS Tingkatan 4

Semoga pihak tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Perkara di atas adalah dirujuk. Semua pelajar tingkatan empat dikehendaki untuk menyertai perkhemahan tahunan yang dianjurkan oleh KRS (M), Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Kehadiran anak tuan/puan adalah wajib. Sebarang ketidakhadiran atau masalah kesihatan perlu dinyatakan dalam borang kebenaran ibubapa. Kedua-dua surat dan borang boleh dimuat turun di bawah.

Objektif

Kepimpinan

Melatih kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta

Semangat Pasukan

Membina kekuatan dan semangat berpasukan dalam batch

Qudwah

Membina kesedaran menjadi qudwah dalam diri peserta

Tarbiah

Menjiwai tarbiah dalam diri

Tarikh dan Masa

Bermula 10 pagi Khamis 27 Jun 2019 sehingga Sabtu 29 Jun 2019 (dijangka tiba 4-5 petang).

PdPc adalah seperti biasa pada Khamis 27 Jun, 7:45 pagi – 10:05 pagi.

Hari
Jam
Minit
Saat

…sebelum program bermula.

Tempat

Resang Indah Chalet, Tg Resang, Mersing, Johor

Bayar Yuran

Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM70 bagi seorang pelajar. Tarikh akhir untuk membayar yuran adalah pada Khamis 20 Jun 2019. Iaitu…

Hari
Jam
Minit
Saat
Telah berlalu. Mohon tuan/puan segera menyelesaikan yuran perkhemahan bagi anak tuan/puan ya.

Tuan / puan boleh membayar melalui dua cara:

#1 - Atas Talian (digalakkan)

Maaf, pembayaran atas talian telah ditutup.

#2 - Tunai

Berikan RM70 disertakan dengan borang kebenaran ibubapa kepada Ustazah Noraini Nasir di sekolah. 

Penghargaan

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai. Semoga ALLAH memberikan ganjaran dan balasan yang terbaik bagi tuan/puan. Terima kasih.

Pertanyaan?

Apa manfaat yang anak saya akan dapat dengan program ini?

SMI Hidayah adalah sekolah yang berteraskan tarbiah islamiyyah yang holistik. Ini bermaksud, kami tidak sekadar mendidik akal dan minda anak-anak, tetapi juga memberikan penekanan terhadap pembinaan karektor atau sahsiah diri pelajar. 

Termasuk dalam pembinaan sahsiah ialah nilai mujahadah, sabar, redha, semangat berpasukan, sifat dan kemahiran kepimpinan. Semua ini kami usahakan untuk diterapkan dalam mukhayyam. 

Mengapakah yuran perkhemahan ini mencecah RM70?

Sebahagian besar kos ini adalah untuk menampung kos bas untuk perjalanan pergi dan pulang. Untuk pelajar tingkatan 4, terdapat seramai 162 orang pelajar. Ini mewajibkan kami menyewa empat buah bas pada kos yang tinggi. Kos ini memakan 60% kos keseluruhan mukhayyam. 

Kos-kos besar lain termasuk kos makanan tengahari untuk hari terakhir, kos tempat untuk program, serta kos untuk bahan program dan aktiviti. 

Buat pengetahuan tuan/puan, makanan harian anak-anak tidak termasuk kos ini. KECUALI makan tengahari yang terakhir. 

Kenapa buat jauh sangat di Mersing?

Terdapat beberapa sebab. Sebab pertama adalah kami sengaja memilih tempat di mana pelajar-pelajar perlu melaksanakan solat jamak dan qasar. Ini sebagai latihan amali fiqh bagi mereka. 

Sebab kedua adalah, tidak banyak sebenarnya tempat yang menepati kehendak objektif program kami sambil mampu menampung jumlah pelajar seramai 150+ orang. Yang kami dapat ialah di Mersing.

Kenapa anak saya perlu cari khemah? Mengapa sekolah tak sediakan?

Modul yang kami sediakan untuk mereka memerlukan mereka menguruskan kelengkapan mukhayyam sendiri. Mereka boleh mengambil khemah daripada stor kami TETAPI mestilah melalui proses dan urusan yang sepatutnya. 

Boleh jadi ada anak-anak yang memilih untuk membawa khemah yang lebih ringan memandangkan khemah sekolah berat. Ini terpulang kepada bagaimana pasukan-pasukan pelajar-pelajar ini menguruskan kelengkapan mereka.

Apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak sekolah?

Untuk program mukhayyam:

  1. Sebelum mula aktiviti, kami taklimatkan polisi keselamatan dan kecemasan.
  2. Dalam setiap bas ditetapkan pengiring yang akan memantau.
  3. Kami pastikan first aid ada; lengkap dan updated.
  4. Kami pastikan aktiviti yang dijalankan dalam kemampuan pelajar. Tanya dulu tahap kesihatan sebelum mula aktiviti.
  5. Kami pastikan TIADA aktiviti laut. Walaupun sekadar mandi manda.
  6. Kami sediakan kereta untuk kecemasan ke hospital. Sekiranya ada.
  7. Kami juga kuatkuasakan peraturan agar pelajar menjaga keselamatan.
  8. Pada waktu malam diadakan hirasah, supaya ada yang sentiasa berjaya menjaga kem.
  9. Ada AJK khas untuk kebajikan dan keselamatan.

Walaubagaimanapun, aktiviti perkhemahan lasak memang akan ada risiko sedikit sebanyak. Cuma kita cuba uruskan dengan sebaiknya.

Apa persiapan yang perlu anak saya buat?

Anak tuan/puan perlu menyiapkan diri secara fizikal, mental dan rohani. Mereka perlu hadir dengan mindset bahawa mereka bukan akan pergi bercuti tetapi akan melalui latihan dan kesukaran.

Kami juga sangat galakkan anak-anak tuan/puan membuat persiapan rohani dalam tempoh 2 minggu ini. 

Selain daripada itu, mereka perlu persiapkan kelengkapan untuk diri dan pasukan mereka. 

Mereka juga perlu merancang makanan apa yang perlu dibawa berdasarkan menu yang mereka sediakan dalam pasukan masing-masing. Ini termasuk dalam modul kepimpinan dalam mukhayyam ini, untuk melatih kemahiran merancang, berbincang, membuat keputusan dan menanggung akibat keputusan masing-masing.

Masih ada pertanyaan?

Hubungi Ustazah Nurzahriah untuk membuat pertanyaan lanjut

MAKLUMAN



Infaq minima RM20

Untuk mengambil kira kos pengurusan, nilai minima Infaq Iftar ialah 2 pek bersamaan RM20.

Harap maklum
RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00