Korban 2018 di Kemboja
Pada tahun 2018, Sekolah Islam Hidayah buat julung-julung kalinya telah berjaya melaksanakan ibadah korban di Kemboja. Sebanyak 20 ekor lembu korban telah berjaya dilaksanakan bersama masyarakat Islam di Kemboja.
Mereka yang menyertai Korban 2018 terdiri dari ibu bapa pelajar Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), kakitangan sekolah, lembaga pengurusan sekolah dan masyarakat.
Tahun ini, Korban 2019 akan dianjurkan oleh Yayassn Pendidikan Hidayah. Kempen Korban 2019 menyasarkan 100 ekor lembu dan 100 ekor kambing. YPH mengharapkan lebih ramai yang akan menyertai Korban 2019.

Haji Ahmad Daniel bersama Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah, Ustazah Rohaida Reduan (merangkap isterinya) ketika di KLIA dalam perjalanan ke Kemboja untuk misi Korban 2018 Sekolah Islam Hidayah.

Delegasi Korban 2018 membuat kunjungan hormat kepada Mufti Negara Kemboja.

Tuan haji Ahmad Daniel selaku ketua delegasi Korban 2018 menyampaikan cenderahati kepada Mufti Negara Kemboja.

Delegasi Korban 2018 bergambar bersama masyarakat di mana KJorban 2018 dilaksanakan.

Delegasi Korban 2018 bergambar bersama salah satu pihak yang melaksanakan Korban 2018 di Kemboja.

Tuan haji Ahmad Daniel bersama isteri seketika sebelum melaksanakan salah satu dari 20 ekor lembu korban

Korban 2018 di Kemboja
Pada tahun 2018, sebanyak 20 ekor lembu korban telah berjaya dilaksanakan oleh Sekolah Islam Hidayah. Delegasi Sekolah Islam Hidayah telah diketuai oleh Tuan haji Ahmad Danial Sharudin dan isteri Ustazah Rohaida Reduan yang juga merupakan Guru Besar Sekolah Rendah islam Hidayah.