KESUNAS 2019
Kejohanan Sukan Nasional IKRAM Musleh 2019
Kejohanan Kokurikulum MUSLEH yang ditunggu-tunggu kerana kejohanan sukan ini diadakan hanya sekali dalam tempoh dua tahun. Ianya merupakan Kejohanan yang melibatkan sekolah-sekolah MUSLEH yang ada di seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Dengan menyertai kejohanan KESUNAS ini, dapat membantu para murid untuk menambahkan lagi markah dalam sijil kokurikulum mereka kerana penglibatan dalam kejohanan ni akan menyumbang markah kokurikulum pada peringkat kebangsaan.
Objektif
Markah Kokurikulum
Menyumbang markah penglibatan dalam kokurikulum pada peringkat kebangsaan dan markah kemenangan dalam kokurikulum pada peringkat kebangsaan.
Pendedahan Kebangsaan
Memberikan pendedahan kepada peserta kepada penglibatan sukan di peringkat kebangsaan.
Ukhuwah dan Jaringan
Membuka ruang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan daripada sekolah IKRAM Musleh lain daripada seluruh pelusuk negara.
Bayar Yuran
Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM100.
The form is not published.
Pertanyaan dan Persoalan
Di manakah KESUNAS akan diadakan?
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak.
Apakah pakaian yang perlu anak saya sediakan?
Pakaian kemeja-T sekolah/kolar-T yang secukupnya untuk sepanjang tempoh pertandingan dan penginapan.
Seluar JEANS dilarang sama sekali.
Stokin perlu dibawa secukupnya.
Anak-anak juga perlu menyediakan kasut yang sesuai dan selesa untuk bersukan bagi mendapatkan prestasi pertandingan yang terbaik.
Adakah anak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit?
DILARANG SAMA SEKALI.
Kecuali kes-kes khas yang dipertimbangkan setelah permohonan dibuat kepada pengetua. Sekiranya ada keperluan khas ini, telefon tersebut hendaklah diserahkan kepada pengurus sepanjang pertandingan.
Sebarang kehilangan tidak akan ditanggung oleh guru pengiring.
Siapakah yang perlu saya hubungi untuk kecemasan dan sebagainya?
Tuan/puan boleh hubungi ketua pengiring rombongan di bawah.
Ustaz Syahrul: 017-624 3937 ( WA )
Ada tak group TG/WA untuk ibu bapa?
Ada. Silakan klik: http://bit.ly/tg-parent-kesunas-smih
Adakah sekolah menyediakan ubat sekiranya anak saya sakit?
Tuan/puan perlu menyediakan ubat-ubatan peribadi anak-anak sendiri. Kami tidak menyediakan sebarang ubat untuk dimakan apabila sakit.
Namun kami akan membawa anak-anak ke klinik untuk dsapatkan rawatan dan ubat-ubatan sekiranya perlu (sakit setelah tiba / kecederaan / dsb).
Pertanyaan belum terjawab?
Sila tanyakan dalam group Telegram Ibu Bapa KESUNAS.