SELAMATKAN KELUARGA
JULI IDAYU
The form is not published.
YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH
No akaun Bank Muamalat:
01020005432712
Rujukan Bank-In: INFAQ
Pada 2 Mei 2021, kira-kira jam 5 petang, kami menerima pesanan berikut.
Pada 3 Mei 2021, kira-kira jam 11 pagi, kami membuat lawatan rumah berkenaan di kawasan Plentong, Johor. Tujuan lawatan untuk membuat pengesahan dan bantuan awal. Apa yang didapati sangat mengejutkan.
Puan Juli Idayu (bertudung hitam) seorang ibu tunggal, bercerai dengan suaminya 2 tahun lepas. Mempunyai 9 orang anak dari umur 16 tahun yang sulong, hinggalah 4 tahun yang bongsu. Tujuh lelaki dan dua perempuan. Dua daripada anaknya tinggal di Negeri Sembilan. Bertudung pink ialah ibu Puan Juli Idayu.
Puan Juli Idayu hanya menjual kerepek untuk menyara keluarga. Hanya mampu menyewa binaan batu blok tidak sempurna, bentuk kotak, tanpa bilik air dan dapur, dengan sewa RM180 sebulan. Akibat uzurnya binaan dan kemiskinan, bumbung yang tidak sempurna hanya mampu menggunakan canvas sebagai atap.
Dilihat dari dalam, atap canvas juga sudah bocor dan sangat uzur. Bila hujan, air mencurah masuk. Kawasan keliling rumah tanpa saliran, menyebabkan sering berlaku banjir bila hujan lebat. Di waktu panas terik pula, rumah berbahang dan sangat panas tanpa aliran udara yang sempurna.
Dalam binaan kotak itulah, mereka sekeluarga tinggal (Puan Juli bersama 7 anaknya). Di situlah dapur, bilik tidur, ruang tamu dan segala-galanya. Tiada bilik air atau ruang membasuh pinggan mangkuk.
Di sinilah bilik air dan ruang membasuh pinggan mangkuk – sebahagian ruang di tepi luar bangunan. Tandas pula di bangunan lain, berkongsi dengan jiran mereka.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di sebalik kepesatan pembangunan dan kemewahan hidup, ada insan yang terus bergelut dalam kemiskinan dan kesempitan hidup.
Sempena Ramadan penuh barakah ini, Yayasan Pendidikan Hidayah melalui Tabung Infaq Ramadan 2021, mengajak anda sekAlian bersama-sama menyelamatkan Keluarga Juli Idayu
TABUNG INFAQ
KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN
Bagaimanakah Infaq anda akan disalurkan
Bantuan Raya
Bantuan pakaian, makanan, kewangan
Baiki Motor
Bayarkan kos betulkan motor yang rosak.
Pindah Rumah
Carikan rumah sewa baru yang sempurna.
Pendidikan
Anak-anak dapat ke sekolah
Cari Rezeki
Bantu untuk cari pendapatan sendiri.
Kebajikan
Menjaga kebajikan dan kesihatan keluarga