
YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH
No akaun Bank Muamalat:
01020005432712
Rujukan Bank-In: FIDYAH
FIDYAH ANDA ATAU WARIS
Fidyah anda atau waris yang tertangguh boleh diselesikan melalui Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH).
YPH memberi bantuan makanan kepada fakir miskin secara berterusan sepanjang tahun, tanpa bermusim. Ada juga fakir miskin yang memohon bantuan makanan secara online daripada YPH.
Fidyah anda tentunya dapat membantu YPH meneruskan kerja amal. Fidyah anda layak mendapat resit pengecualian cukai LHDN.
fidyah puasa iaitu memberi makan kepada fakir miskin dengan kadar secupak makanan asasi sesebuah negeri bagi setiap hari yang ditinggalkan
apa itu fidyah
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.
Rujukan: Majlis Agama Islam Selangor.
kaEDAH MEMBAYAR FIDYAH
Para ulama sepakat tentang kaedah bayaran fidyah puasa iaitu memberi makan kepada fakir miskin dengan kadar secupak makanan asasi sesebuah negeri bagi setiap hari yang ditinggalkan. Sebagai contoh, jika seseorang itu meninggalkan puasa selama lima belas hari, maka fidyah yang perlu dikeluarkan ialah lima belas cupak makanan asasi.
Fidyah dibayar secara online
GOLONGAN DIKENAKAN FIDYAH
GOLONGAN | DENDA DIKENAKAN |
Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie ( musafir, haid atau nifas atau wiladah ), sakit yang ada harapan sembuh. |
* Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’ puasa dan membayar Fidyah.
|
Orang yang sakit yang tiada kemungkinan atau harapan untuk sembuh yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.
|
|
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :
|
* Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’ puasa dan membayar Fidyah.
|
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :
|
|
Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya.
|
|
Rujukan: Majlis Agama Islam Negeri Johor.