Tabung Alumni Hidayah
Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu dalam kempen Kutipan Derma Kilat untuk Ustaz Azmen bin Yusof.
Dengan izin Allah dan sokongan anda, jumlah yang diperlukan untuk rawatan jantung beliau telah berjaya dicapai.
Semoga segala sumbangan anda diberkati dan Ustaz Azmen segera sembuh, insyaAllah.
Jika anda ingin terus menyumbang, anda boleh ke yph.my/infaq1
Terima kasih atas keprihatinan dan kemurahan hati anda semua.
