ke mana derma anda dibelanjakan

Bantuan Anak Pengidap Pengidap Pengidap Pengidap Pengidap Kanser
26/12/2023

Bantuan Anak Pengidap Kanser
04/10/2023. Serahan bantuan kepada adik Fikril Fahmi, 9 tahun yang menghidap kanser limfoma sejak Julai 2023. Adik Fahmi baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi yang ke 6. Ibunya merupakan seorang ibu tunggal dan belum bekerja. Mereka baru pindah dari Selangor dan menyewa di sebuah bilik di kawasan Skudai.

Bantuan Anak Pengidap Kanser
04/10/2023. Serahan bantuan kepada adik Fikril Fahmi, 9 tahun yang menghidap kanser limfoma sejak Julai 2023. Adik Fahmi baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi yang ke 6. Ibunya merupakan seorang ibu tunggal dan belum bekerja. Mereka baru pindah dari Selangor dan menyewa di sebuah bilik di kawasan Skudai.
Bantuan Anak Pengidap Kanser
04/10/2023. Serahan bantuan kepada adik Fikril Fahmi, 9 tahun yang menghidap kanser limfoma sejak Julai 2023. Adik Fahmi baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi yang ke 6. Ibunya merupakan seorang ibu tunggal dan belum bekerja. Mereka baru pindah dari Selangor dan menyewa di sebuah bilik di kawasan Skudai.
Bantuan Anak Pengidap Kanser
04/10/2023. Serahan bantuan kepada adik Fikril Fahmi, 9 tahun yang menghidap kanser limfoma sejak Julai 2023. Adik Fahmi baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi yang ke 6. Ibunya merupakan seorang ibu tunggal dan belum bekerja. Mereka baru pindah dari Selangor dan menyewa di sebuah bilik di kawasan Skudai.
Bantuan Insan Kesempitan Penang
04/10/2023. Bantuan barang makanan dan barang dapur kepada keluarga Puan Pushpa Theresa a/p Paul Fernandez yang terputus bekalan makanan akibat daripada kemalangan jalan raya bulan lepas. Beliau baru sahaja berkerja semula sebagai pengawal keselamatan 2 hari lepas. Bantuan disampaikan oleh wakil YPH iaitu En. Aris Bin Taib dari MyCare Pulau Pinang.
Taja Anak Asnaf Sambut Maulidur Rasul
28/09/2023. Tajaan makanan kepada 20 orang anak- anak asnaf untuk program sambutan Maulidur Rasul di Masjid Jamek Saifudin, Kg Sri Jaya, Kota Tinggi.
Bantuan Pengajian ke Jepun
27/09/2023. Membantu sebahagian perbelanjaan Muhammad Syafiq Bin Mohd Razib melanjutkan pelajaran peringkat PhD di KYUSHU INSTITUTE OF TECHNOLOGY, JEPUN.
Bantuan Pengajian ke Turkiye
20/09/2023. Bantuan kos persediaan menyambung pengajian kepada alumni Hidayah Batch 17, Huzayl Bin Mohammadd Nor Sia. Beliau menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Sains Politik dan Perhubungan Antarabangsa di Turkiye. Sebelum menyambung pengajian sarjana beliau juga pernah bekerja di Parlimen Malaysia.
Bantuan Pengajian ke UKM
20/09/2023. Bantuan yuran pengajian kepada alumni Hidayah Batch 17, Muhammad Luthfi Bin Mohd Yusri yang akan menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Sains Sosial (Sains Politik) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah pernah menyandang jawatan Ketua Pelajar semasa belajar di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Sebelum menyambung pengajian sarjana beliau pernah bekerja di Parlimen Malaysia.
Bantuan Laptop Pelajar KYPJ
14/09/2023. Bantuan komputer riba kepada Cik Fariesya Balqis Binti Zukplee yang akan mendaftar di Kolej Yayasan Pelajaran Johor dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan. Adiknya, Airis Balqis Binti Zukplee (15 tahun) yang bersekolah di SMK MAJIDI BARU 2, telah didaftarkan di dalam Skim Tajaan Anak Yatim Yayasan Pendidikan Hidayah (STAY@YPH).
Bantuan Sekolah Adnathan
14/09/2023. Bantuan kelengkapan persekolahan seperti buku ,pakaian dan set bag sekolah Yph kepada pelajar bernama Adnatan Safikri Bin Saharuddin (12 tahun) yang baru pertama kali bersekolah di SK Kg Maju Jaya, Skudai, Johor. Pelajar ini baru mendapat kad pengenalan dari Jabatan Pendaftaran Negara dan mula diterima bersekolah.
Bantuan Kepada Pelajar Tingkatan Enam
14/09/2023. Bantuan komputer riba kepada Cik Siti Syakila Amirah Binti Yusri yang menuntut di Tingkatan Enam SMK Mutiari Rini . Adiknya, Nurul Syakila Ellyahanah Bt Yusri (13 tahun) yang bersekolah di SMK(P) SULTAN IBRAHIM telah didaftarkan di dalam Skim Tajaan Anak Yatim Yayasan Pendidikan Hidayah (STAY@YPH).
Bantuan Modal Perniagaan
12/09/2023. Bantuan modal perniagaan kepada Puan Nor Suraya Abd Jalil yang mengusahakan perniagaan 'dessert' secara kecil-kecilan seperti durian crepe, brownies, cheesetart, cream puff dan lain-lain. Beliau yang mempunyai 5 orang anak, sebelum ini telah 5 bulan tidak berniaga atas faktor urusan keluarga. YPH membantu beliau untuk bangkit semula meneruskan perniagaannya.
Bantuan Pengajian ke USIM
12/09/2023. Bantuan yuran pendaftaran kemasukan ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk Cik Mardhiyyah Binti Azlan yang mengambil jurusan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Dengan Kepujian. Beliau merupakan alumni Hidayah batch ke 23.
Bantuan Kepada Asnaf dan Anak Yatim
20/08/2023. Kami raikan bulan kemerdekaan dengan menyampaikan bantuan kepada Asnaf dan Anak Yatim. Bantuan disampaikan oleh Bikers sempena lawatan mereka ke Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru. Sebanyak 60 buah motorsikal berkuasa tinggi telah datang melakukan kerja amal di Hidayah. Selain sesi menyampaikan bantuan, mereka juga telah bersama-sama pelajar menyambut bulan kemerdekaan dengan ceramah patriotaik dan sukaneka.
Sila klik untuk berita lanjut.
Sila klik untuk berita lanjut.
Biasiswa Kepada Pelajar Mendapat Pendidikan Islam
13/08/2023. Menaja sebahagian yuran pengajian kepada 2,000 orang pelajar di Sekolah Islam Hidayah. Setiap pelajar mendapat tajaan RM 10.00 untuk tempoh bulan Mei hingga Ogos 2023. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pendidikan Hidayah, Dr Azlan Ab Rahman (tiga dari kiri) dan diterima oleh Pengerusi Pusat Pendidikan Hidayah, Dato' Wahid Omar (tiga dari kanan). Biasiswa bulan Jan hingga April telah disampaikan pada 19/05/2023 yang lepas.
Program Remaja (Pengurusan Jenazah Kali Ke 2)
13/08/2023. Menaja sepenuhnya Program Pengurusan Jenazah Untuk Remaja. Seramai 90 orang pelajar sekolah menengah dan rendah sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang menyertai program ini. Keutamaan tajaan diberikan kepada pelajar dari keluarga B40.
Sila klik untuk berita lanjut.
Sila klik untuk berita lanjut.
Sumbangan Quran Kepada Rohingya
08/08/2023. Memberi sumbangan sebanyak 30 naskhah Al-Qur'an kepada pihak MyCARE Johor untuk diberikan kepada komuniti Rohingya di kawasan Taman Perling, Johor Bahru bagi kegunaan madrasah dan pendidikan Al-Qur'an anak-anak di sana.
Bantuan Laptop Pelajar Matrikulasi
08/08/2023. Serahan bantuan sebuah komputer riba kepada Puan Atika binti Bacho, yang mewakili anaknya Nur Hidayah Binti Hakim yang sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor dalam jurusan Sains.
Bantuan Laptop dan Yuran Pendaftaran Mahasiswa
07/08/2023. Bantuan komputer riba, yuran pendaftaran dan pengajian kepada pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Merlimau, Melaka.
Bantuan kepada Ibu Tunggal Menjaga Ayah Stroke.
04/08/2023. Ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga ibu tunggal yang menjaga ayah yang terlantar akibat stroke dan kencing manis kronik di Taman Perling, Johor. Beliau juga mempunyai seorang anak OKU yang berumur 11 tahun.(Lembam, autisme dan cerebral palsy). Bantuan disampaikan oleh Guru Besar, Sekolah Rendah Islam Hidayah dan suami.
Bantuan Kepada Ibu Tunggal
04/08/2023. Serahan bantuan barang-barang keperluan dapur, pampers dan susu anak berumur 4 tahun kepada ibu tunggal yang berpisah sejak Mac 2023. Penerima tinggal di Taman Desa Teberau, Johir Bahru.
Bantuan Budak Kemalangan
03/08/2023. Ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada 2 beradik yang kemalangan di Simpang 4 Kg Sinaran Baru, Skudai, Johor pada 18 /07/23. Abangnya mengalami pendarahan dalam kepala dan adiknya pula cedera di beberapa bahagian badan. Penerima bantuan dari keluarga B40 dan tinggal di Kg Sinaran Baru, Skudai, Johor.
Bantuan Madrasah Tahfiz
01/08/2023. Ziarah dan serahan bantuan barang makanan (seperti beras, minyak, santan, milo dan biskut) kepada Madrasah Tahfiz Al Quran di Kg Sinaran Baru, Skudai, Johor. Terdapat 250 orang pelajar lelaki yang belajar di Madrasah Tahfiz ini. Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Besar, Yayasan Pendidikan Hidyah, Tuan Haji Ahmadon Bakri.
Bantuan Ke Pusat Jagaan Teduhan Zafrah
29/07/2023. Serahan sumbangan barang makanan harian dan lampin dewasa kepada Pusat Jagaan Teduhan Zafrah, Parit Amat, Jln Temenggong Ahmad, Muar. Terdapat 32 orang penghuni di pusat jagaan ini. Mereka berusia di antara 28 hingga 94 tahun. Penghuni terdiri daripada warga emas dan org kelainan upaya (OKU).
Sila klik untuk berita lanjut.
Sila klik untuk berita lanjut.
Bantuan Perubatan Warga Emas
27/07/2023. Ziarah dan menyempaikan sumbangan kepada Pn.Salmah Bt Taril.Pesakit buah pinggang kronik yang memerlukan bantuan kos rawatan dialisis. Penerima bantuan tinggal di Flat Sri Lanang, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru.
Program Jati Diri Murid Berisiko Cicir
24-26/07/2023. Menaja program membina jati diri pelajar berisiko cicir. Mereka terdiri dari pelajar Cina, India dan Melayu sekolah menengah daerah Johor Bahru. Selama 2 hari, pelajar mengikuti program motivasi khas anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Hidayah. Program dilaksanakan di LPPKN Johor Bahru, Taman Nusa Bistari, JB.
Bantu Keluarga Norimah A.Ghani
20/07/2023. Serahan bantuan kepada keluarga Pn. Norimah A.Ghani.
Bantuan berbentuk barang dapur dan wang tunai. Penerima dari Blok Kenari, Bandar Baru Kangkar Pulai, Skudai, Johor.
Menaja Program Math Hacks
15/07/2023. YPH menaja seramai 21 orang pelajar B40 dalam program Math Hacks anjuran Ikram Teens di Dewan Tabuk Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru. Program dikendalikan oleh Cikgu Mohd Zaid bin Mat Esa daripada SK Felda Jengka 19, Pahang.
Jelajah Satu Malaysia (Konvoi Bermotor)
14/07/2023. Program 'Jelajah 1 Malaya' oleh Geng Motor Kita yang diketuai oleh En. Mohamad Saadon bin Suleiman telah diadakan pada 14hb - 17hb Julai 2023. Sepanjang perjalanan mereka telah singgah ke destinasi tertentu dan menyampaikan bantuan dari Yayasan Pendidikan Hidayah.
Sila klik untuk berita lanjut.
Sila klik untuk berita lanjut.
Kem Untuk Remaja (Pengurusan Jenazah)
08/07/2023. Menganjurkan Kem Pengurusan Jenazah khusus untuk remaja. Seramai 56 orang remaja lelaki dan peremuan sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai menghadiri kem ini. Program dianjurkan dengan kerjasama IKRAM Teens dan dilaksanakan di Dewan Khandak, Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru.
Sila klik untuk berita lanjut.
Sila klik untuk berita lanjut.
Menganjurkan Korban 2023
01/07/2023. Sempena Aidil Adha 2023 YPH menganjurkan korban bersama-sama dengan Sekolah Islam Hidayah, SIH Niaga, Dana Hidayah dan PIBG SRIH dan SMIH. Sebanyak 24 ekor lembu telah berjaya dikorbankan. Program dilaksanakan di perkarangan pakir Sekolah Islam Hidayah.
Sila klik untuk berita lanjut.
Sila klik untuk berita lanjut.