ke mana derma anda dibelanjakan

Kem Ibadah Untuk Wanita Siri 2

31/12/2022. Menganjurkan kem ibadah untuk wanita sekitar Johor Bahru, Kulai dan pasir Gudang. Seramai 97 peserta dewasa dan 15 kanak-kanak hadir. Program bertajuk "Sempurnakah Solat Kita" ini dilaksanakan di Dewan Tabuk, Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru. Pengisian memperkemaskan secara praktikal kesempurnaan solat. Sila klik untuk berita lanjut

Bantuan Belanja Pengurusan Maahad Tahfiz

30/12/2022. Memebantu belanja pengurusan Maahad Tahfiz Nurus Salam, Segamat, Johor.

Bantuan Penyertaan Pelajar ke Perkemahan Nasional 

Bantuan Mangsa Banjir Kelantan

22/12/2022. Bantuan mangsa banjir di Kelantan. Bantuan disampaikan melalui sukarelawan YPH. Sebanyak 50 keluarga dibantu. Setiap set bantuan mengandungi telekung, kain batik, kain pelikat, tuala mandi, sabun basuh, sabun mandi, berus gigi dan ubat gigi.

Bantuan Biasiswa Pelajar Sekolah Islam

21/12/2022. Bantuan yuran pengajian kepada pelajar untuk memastikan mereka terus mendapat pendidikan Islam dalam mebina jati diri. Bantuan biasiswa diberikan kepada pelajar Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH JB), Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIHJB), SRIH Batu Pahat dan SMIH Batu Pahat. Kos operasi sekolah yang tinggi memaksa yuran pengajian dinaikkan. Namun kekangan kewangan menyebabkan kenaikan menjadi beban kepada ibubapa. Biasiswa dari YPH membantu mengurangkan kesan kenaikan ini kepada ibubapa. Bantuan diterima oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amana, Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) Datuk Wahid Omar (3 dari kiri).

Program Khatan Perdana YPH 2022 , Johor Bahru

17/12/2022. Menganjur dan menaja sepenuhnya kos khatan kepada 41 orang anak yatim, dan kanak-kanak dari keluarga B40 sekitar Johor Bahru, Kulai dan Pasir Gudang. Mereka bukan pelajar Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH).Program dilaksanakan di SRIH dan dirasmikan oleh EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato' Haji Mohd Jafni bin Md. Shukor. Semoga Sekolah Islam Hidayah terus memberi manfaat kepada bukan sahaja pelajarnya, tetapi juga ahli masyarakat yang tidak berpeluang belajar di Hidayah. Sila klik untuk berita lanjut

Program Khatan Perdana YPH 2022 , Melaka

17/12/2022. Menganjur dan menaja sepenuhnya kos khatan kepada 40 orang anak yatim, dan kanak-kanak dari keluarga B40 sekitar Jasni Melaka. Program di anjurkan bersama IKRAM Melaka, Jabatan Kesihatan Melaka dan Kariah Masjid.

Bantuan Kepada Keluarga Lumpuh

15/12/2022. Menyampaikan bantuan kepada keluarga yang suaminya lumpuh. Mereka tinggal di Taman Universiti, Skudai. Isteri pula tidak berkerja kerana sepenuhnya menjaga suami.

Program Explore Sifir 2022

13/12/2022. Menanjurkan program berbentuk kemahiran akademik kepada pelajar sekita Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai. Program sempena cuti sekolah ini dijalankan di Sekolah Rendah Islam Hidayah, JB. Seramai 140 oarng pelajar telah mengambil bahagian. Sila klik untuk berita lanjut

Program Khatan Perdana YPH 2022, Bangi Selangor

11/12/2022. Menganjur dan menaja sepenuhnya kos khatan kepada 47 orang anak yatim, dan kanak-kanak dari keluarga B40 sekitar Bangi dan Cyberjaya. Program dilaksanakan dengan kerjasama kariah Surau Bakar Baginda, Bangi Selangor.

Menganjurkan Archery Championship

09/12/2022. Menganjurkan HIS Open Archery Championship bersama Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Johor Bahru. Program peringkat national ini disertai oleh 500 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Ia dianjurkan selama 3 hari bermula 9-11 Dec 2022 di SMIH JB.

Karnival Masyarakat Rahman 2022

03/12/2022. Menaja penganjuran Program Karnival Masyarakat Rahmah 2022 di AEON Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Program dibuat sempena hari OKU seluruh dunia. YPH menyumbang 200 set cenderahati kepada peserta dan sukarelawan. Program dianjurkan bersama dengan Pertubuhan Ikram Negeri Johor.

Bantuan Kepada Keluarga Pesakit Kanser

29/11/2022. Ziarah dan menyampaikan sumbangan untuk keluarga Pn.Rohaida Bt Roslaini yang telah meninggal dunia malam tadi akibat sakit kanser rahim. YPH mula menyantuni arwah pada bulan Mac 2022 yg lepas. Arwah meninggalkan 5 orang anak berusia 6, 10, 11, 14 dan 18 tahun.

Menaja Program Hari Kanak-Kanak Sedunia

24/11/2022. Menaja program Sambutan hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat sekolah. Program dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Johor Jaya 1 berama PIBG sekolah.

Menaja Yuran Pengajian Pelajar UTM

23/11/2022. Menaja yuran pengajian pelajar jurusan sarjana di UTM Skudai. Beliau merupakan guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Menaja Pelajar MARSAH Johor Bahru

23/11/2022. Menaja sekumpulan pelajar-pelajar MARSAH Johor Bahru membangunkan modul pembelajaran Al-Quran dengan kaedah yang mudah. Mereka juga akan melakukan amal bakti mengajar Al-Quran kepada rumah perlindungan dan orang ramai.

Menaja Program Gotong Royong Perdana

12/11/2022. Menaja Program Gotong Royong Perdana Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru. Program dilaksanakan di sekolah dengan penyertaan guru-guru, pelajar dan ibu bapa pelajar.

Menghargai Kemenangan Prestasi Tinggi

07/11/2022. Memberi penghargaan kepada pelajar tingkatan 2, Sekolah Menengah Islam Hidayah JB yang telah menjadi johan dalam pertandingan Runcloud Games Development Challenge peringkat kebangsaan di PWTC KL. Lebih 100 kumpulan dari sekolah seluruh negara telah mengambil bahagian. Di peringkat akhir, SMIH telah mengalahkan empat finalis lain iaitu MRSM Johor Bahru, MRSM Alor Gajah, MRSM Kuala Terengganu dan MRSM Batu Pahat. Sila klik untuk berita lanjut

Kem Smart Solat Siri 3: Bachok Kelantan

04/11/2022. Menganjurkan Kem Smart Solat kepada pelajar-pelajar dari kalangan anak yatim dan keluraga B40 di Pasir Mas, Kelantan. Peserta dibimbing cara berwudu dan solat yang betul. Terima kasih kepada fasilitator dan ustazah yang mengendalikan program ini. Sila klik untuk berita lanjut

Menganjurkan Kem Ibadah Untuk Warga Emas, Kelantan

02/11/2022. Menganjurkan Program Kem Ibadah: Memperbaiki Solat untuk golongan warga emas di kariah Masjid Raudhah Al Malik, Bukit Tuku, Pasir Mas, Kelantan.

Bantuan Makanan Sehat Pelajar Asrama

31/10/2022. Bantuan makanan sihat berupa buah- buahan (pisang,epal dan limau) kepada 96 orang pelajar asrama banin dan 72 orang pelajar asrama banat Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Menaja Daurah Kepimpinan Pelajar

29/10/2022. Daurah kepimpinan 2 hari ini dihadiri oleh 155 orang pelajar Tingkatan 3 dari 18 buah sekolah menengah Islam seluruh Malaysia. Ia bertujuan memberi kesederan kepimpinan dan peranan yang boleh mereka mainkan semasa di sekolah terutamanya dan di dalam masyarakat amnya.

Bantuan Laptop Mahasiswa UiTM

08/10/2022. Bantuan laptop kepada pelajar UITM MACHANG Nur Ellyia Amiza Natasha binti Che Rahim di rumahnya di Kampung Kelisar, Tanah Merah Kelantan. Nur Eliyia telah kematian ayah dan membesar bersama datuk, nenek ibu dan dua adiknya di rumah yang sudah usang.

Kem Smart Solat Siri 2: Untuk 140 Anak B40 (Perempuan)

07/10/2022. Menganjurkan kem solat untuk pelajar-pelajar B40 dari sekolah-sekolah rendah sekitar Johor Bahru dsn Kulai. Program tajaan penuh Yayasan Pendidikan Hidayah ini dilaksanakan di Sekolah Rendah Islam Hidayah JB. Lihat gambar-gambar di yph.my/kss02

Bantuan Operasi Madrasah Tahfiz Al-Quran

21/09/2022. Memberi bantuan operasi kepada Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad, Kampung Sagil, Tangkak, Johor..

Menaja Program Explorasi Alam Bersama Insan Istimewa

17/09/2022. Seramai 48 orang anak-anak istimewa diraikan sempena cuti panjanng Hari Malaysia. Program berlangsung di Sireh Park, Iskandar Puteri, Johor.

Kem Smart Solat Siri 1: Untuk 100 Anak B40 (Lelaki)

07/09/2022. Menganjurkan kem solat untuk pelajar-pelajar B40 dari sekolah-sekolah rendah sekitar Johor Bahru. Program tajaan penuh Yayasan Pendidikan Hidayah ini dilaksanakan di Sekolah Rendah Islam Hidayah JB. Lihat gambar-gambar di yph.my/kss01

Bantuan Mangsa Banjir Kilat Johor Bahru

24/08/2022. Bantuan barangan dapur kepada 105 keluarga mangsa banjir di kawasan Kampung Pasir, Tebrau dan Kampung Laut dalam daerah Johor Bahru akibat banjir kilat. Kerja pembersihan rumah warga emas juga dilakukan oleh sukarelawan Yayasan Pendidikan Hidayah..

Bantuan Yuran Pengajian Asasi Sains IIUM

21/08/2022. Bantuan kepada anak Pn. Rohaya Bt Mahmood dari Bukit Indah JB. Bantuan untuk pendaftaran pengajian asasi pergigian di IIUM Gambang.

Bantuan Pesakit ICU

18/08/2022. Bantuan belanja penginapan kepada ibu kerana menjaga anaknya yang beberapa bulan terlantar di ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Bantuan Barang Makanan

09/08/2022. Bantuan barang keperluan dapur untuk keluarga Pn. Irma Haryana di Puteri Wangsa, JB. Beliau tinggal bersama 5 orang anaknya.

Bantuan Anak Yatim Hayati Haron

10/08/2022. Bantuan kepada Pn. Hayati Haron di Kampung Pasir Tampoi. Suami baru meninggal dunia bulan lepas.Mempunyai 5 orang anak berusia 3, 5, 8, 9 dan 12 tahun. Arwah suami berkerja sebagai pengawal keselamatan dan Pn. Hayati pula tidak berkerja. Kesemua 4 orang anaknya telah didaftarkan ke Skim Tajaan Anak Yatim Yayasan Pendidikan Hidayah (STAY@YPH).

Bantuan Yuran Pengajian Pelajar Sakit

08/08/2022. Bantuan yuran pengajian kepada pelajar sakit akibat pendarahan dalam kepala dan terpaksa menangguhkan pengajiannya.

Bantuan biasiswa pengajian di Turki

08/08/2022. Menyampaikan bantuan pengajian RM1,500 kepada Muhammad Amir Ruzain Bin Abu Bakar yang akan mengikuti "Student Exchange Programme" di Fatih Sultan Mehmet Vakif University, Turki selama satu semester bermula pada bulan September 2022.

Bantuan biasiswa pengajian Asasi Sains Hayat di Universiti Malaya

06/08/2022. Bantuan yuran pengajian 2 semester berjumlah RM2,900.00 untuk Sakinah Bt Ja'afar yang mengambil kursus Asasi Sains Hayat di Universiti Malaya. Semasa di tingkatan 5, Sakinah adalah salah seorang anak yatim yang berdaftar dengan Skim Tajaan Anak Yatim, Yayasan Pendidikan Hidayah (STAY@YPH).

Menaja hadiah kepada 12 orang pelajar Tahfiz

05/08/2022. Seramai 12 orang pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah aliran tahfiz berjaya menghafal penuh 30 juzuk Al-Quran. Yayasan Pendidikan Hidayah menghargai kejayaan mereka dengan hadiah wang ringgit dan piala.

Taja Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar B40, Johor Bahru, Johor.

31/07/2022. Memberi motivasi kepada 76 pelajar Sekolah Menengah Taman Rinting 2 menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang. Program dengan kerjasama Masjid Taman Rinting dan KUPTM Kuala Lumpur.

Bantuan Mangsa Banjir Kupang, Kedah

31/07/2022. Sumbangan RM5,000.00 untuk Mualimah Roslina bt Yusof, yang rumahnya dihanyutkan banjir di Kampung Iboi,Kupang Kedah.

Taja Majlis Penghargaan Hidayah 2022, Johor Bahru, Johor

30/07/2022. Mengharga warga Pusat Pendidikan Hidayah yang telah bertungkus lumus memastikan pendidikan Islam kepada pelajar sekolah rendah dan menengah terus berjalan dengan cemerlang.

Bantuan Yuran Pendaftaran ke GMI Kuala Lumpur

27/07/2022. Bantuan kepada pelajar Ammar Danish melanjutkan pelajaran ke kursus persediaan kejuruteraan di German Malaysia Institute Kuala Lumpur.

Bantuan Yuran Pengajian Master by Research di UTM Skudai, Johor

27/07/2022. Suri rumah Maryam binti Shamsuddin dalam proses menghabiskan semester akhirnya kursus Master by Research dalam bidang Kejuruteraan elektrik (robotik).

Taja Program Nadwah Kepimpinan Pelajar 2022

15/07/2022. Nadwah Kepimpinan MUSLEH adalah program tahunan yang mengumpulkan pelajar dari rangkaian sekolah Islam MUSLEH seluruh Malaysia. Mereka berkumpulan dan berdiskusi. Kali ini program dilaksanakan pada 15-17 Julai di UTM Skudai dengan dihadiri oleh 200 orang pelajar.

Taja Jersi Pasukan Bola Sekolah Menengah Islam Hidayah

13/07/2022. Meningkatkan pengiklanan Yayasan Pendidikan Hidayah kepada masyarakat. Melalui sukan diharap YPH akan lebih dikenali oleh masyarakat.

Bantuan Makanan Kepada Fakir Miskin Sempena Aidil Adha 2022

02/07/2022. Memberi bantuan kepada 180 keluarga melalui 4 buah sekolah iaitu
1. SK Taman Johor Jaya 5 (60 set) 2. SK Kota Masai (65 set) 3. SK Taman Indahpura 1 (35 set) 4. SK Sedenak (20 set)

Bantuan Kepada Fakir Miskin Bersama FLEX Malaysia

25/06/2022. Berkerjasama dengan FLEX Malaysia memberi bantuan kepada fakir miskin di kawasan Johor Bahru.

Bantuan Kepada Keluarga Ruzai

18/06/2022. Bantuan makanan kepada ibu tunggal Puan Ruzai

Hadiah Hari Raya Kepada 20 Anak-anak Pengidap Kanser

28/04/2022. Bantuan hadiah hari raya untuk 20 orang anak-anak di wad kanser Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

Misi Bantuan Banjir Kuantan, Pahang

30/12/2021. Menghantar bantuan kepada keluarga pelajar mangsa banjir di Kuantan Pahang.

Bantuan Biasiswa Kepada Pelajar Sekolah Islam

13/12/2021. Bantuan yuran pengajian kepada 2,291 orang pelajar Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah

Bantuan makanan kepada keluarga pelajar B40

22/12/2021. Membantu 100 keluarga pelajar B40 sekitar kawasan Johor Bahru dan pasir Gudang yang kesempitan hidup.

Program Khatan Perdana 100 Pelajar B40

17/12/2021. Menaja sepenuhnya khatan 100 orang pelajar keluarga B40 di Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Program Cakna OKU Pengelihatan. Memberi motivasi kepada OKU sekitar Johor Bahru.

04/12/2021. Menaja penceramah untuk memberi motivasi kepada peserta.

Anak yatim kematian ayah akibat COVID-19.

19/11/021. Bantuan sara hidup anak-anak yatim dari Muar. Mereka antara penerima bantuan di bawah skim STAY@YPH.

Bantuan Barang Makanan kepada 9 orang warga emas daerah Muar

20/11/2021. Antara yang menerima bantuan, seorang OKU yang uzur. Bantuan berupa barang makanan dan keperluan kesihatan diri.

Bantuan Kerusi Roda dan Keperluan Hidup.

09/10/2021. Suami OKU dan isteri tidak bekerja.

Bantuan Belanja Masuk UiTM

12/10/2021. Membantu pelajar keluarga B40 masuk UiTM.

Bantuan Penerbangan ke Jordan.

25/09/2021. Membiayai penerbangan pelajar jurusan Usul Fiqh di Jordan University.

Bantuan Komputer Pelajar

26/09/2021. Pelajar anak yatim calun SPM.

Bantuan Komputer

26/09/2021. Pelajar keluarga asnaf menghadapi SPM.

Bantuan Komputer Mahasiswa.

25/09/2021. Mahasiswa UTHM keluarga asnaf dan anak yatim.

Bantuan Kebajikan.

27/09/2021. Keluarga asnaf diberi bantuan makanan dan keperluan hidup.

Bantuan Ramadan Siri 11: Bantuan Makanan dan Kewangan Kepada Fakir Miskin

03/05/2021. Suami di penjara. Anak 4 orang. Si ibu hanya kerja cleaner untuk menyara keluarga. Sewa rumah tertunggak 2 bulan. YPH menyampaikan bantuan makanan dan kewangan kepada keluarga ini.

Bantuan Ramadan Siri 10: Bantuan Makanan Kepada Fakir Miskin

01/05/2021. Menyampaikan bantuan makanan kepada 66 keluarga fakir miskin kawasan Kampung Pantai, Mersing, Johor.

Bantuan Ramadan Siri 9: Baju Raya Untuk Anak Angkat YPH

01/05/2021. Membawa 2 orang anak yatim piatu bersama datuknya membeli baju raya untuk menyambut perayaan aidil fitri..

Bantuan Ramadan Siri 8: Baju Raya Anak Yatim

01/05/2021. Membawa 5 orang anak yatim Muar bersama ibunya membeli baju raya.

Bantuan Ramadan Siri 7: Misi Hantar Bantuan Fakir Miskin

29/04/2021. YPH menghantar misi bantuan berupa barang keperluan dapur kepada 66 keluarga fakir miskin di Kampung Pantai, Mersing Johor.

Bantuan Ramadan Siri 6: Iftar Kepada Baitus Solehah

28/04/2021. Sumbangan iftar kepada penghuni rumah perlindungan Baitus Solehah sebanyak 55 pek makanan selama 2 hari menjadikan jumlahnya 110 pek makanan.

Bantuan Ramadan Siri 5: Bantuan 1,300 Pek Iftar Kepada Pelajar UTM Skudai

27/04/2021. Memberi sumbangan iftar kepada pelajar UTM Skudai sebanyak 100 pek setiap hari, dari 15 hingga 27 Ramadan, menjadikan jumlah kesemuanya 1,300 pek.

Bantuan Ramadan Siri 1.

24/042021. Bantuan makanan kepada 130 keluarga fakir miskin di sekitar Pasir Gudang dan Kulai, Johor. Bantuan dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan masai, Sekolah Kebangsaan Taman Rinting Satu dan Sekolah Kebangsaan Kulai, Johor.

Bantuan Ramadan Siri 2: Keluarga Kamilah

20/04/2021. Bantuan makanan dan kewangan kepada Puan Kamilah Abu di Taman Universiti Skudai.

Bantuan Ramadan Siri 3: Keluarga Fauziah Ramli

20/04/2021. Bantuan makanan dan kewangan kepada keluarga Fauziah Ramli, Taman Pelangi IndahAbadan, Skudai, Johor.

Bantuan Ramadan Siri 4: Kepada Pesakit Cancer

20/04/2021. Bantuan makanan dan kewangan kepada pesakit cancer. Szerahan dibuat kepada ayah pesakit.

Bantuan Pelajar Ke MRSM

06/04/2021. Bantuan kewangan hasil sumbangan orang ramai dari seluruh Malaysia kepada Nur Atiqah melanjutkan pelajaran ke MRSM. Nota: atas permintaan keluarga, tiada gambar disiarkan

Bantuan Kepada Keluarga Norain

26/03/2021. Bantuan makanan, susu, barangan persekolahan dan kewangan

Bantuan Kepada Fakir Miskin

21/03/2021. Bantuan makanan dan kewangan kepada keluarga Abadan, Skudai, Johor.

Bantuan Rumah Perlindungan Kanak-kanak.

19/03/2021. Bantuan kewangan untuk perubatan dan makanan kepada Baiti Al-Jannah, Rawang, Selangor.

Bantuan Kepada Maahad Tahfiz

11/03/2021. Bantuan dana pengurusan RM 20,000 kepada Maahad Tahfiz Nurussalam, Segamat, Johor.

Bantuan Back2School kepada Anak Yatim

18/03/2021. Bantuan bag dan alat kelengkapan persekolahan kepada 17 anak yatim Kota Tinggi.

Bantuan Back 2 School ke Sekolah

17/03/2021. Bantuan bag dan alat kelengkapan persekolahan kepada 23 murid fakir miskin dan anak yatim di Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir, Tampoi, Johor Bahru.

Bantuan Keluarga Norashikin

15/03/2021. Bantuan makanan, susu budak dan wang tunai.

Bantuan Back 2 School

07/03/2021. Bantuan barangan Back 2 School kepada 30 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Masai, Pasir Gudang.

Bantuan Anak Yatim

07/03/2021. Firdaus (kiri) mula daftar di tingkatan satu. Tapi ibu tidak mampu dan sedang dirawat di ICU. Bantuan urusan pendaftaran, yuran sekolah dan buku.

Menerima sumbangan sejadah dan Al-Quran

03/055/2021. Menerima sumbangan Al-Quran dan Sejadah untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan Mangsa Kebakaran

06/03/2021. Rumah Keluarga Anuar di Kampung Pasir, Johor Bahru hangus 100% dijilat api. Mereka terpaksa menumpang di rumah adiknya. Bantuan kewangan, barang makanan dan Tab untuk anak.

Sampaikan Bantuan Anak Yatim Piatu

25/02/2021. Kempen Anak Yatim Piatu Nurrahman berjaya kumpul RM 16,471.50 dan telah disampaikan sepenuhnya.

Mencetak 1,000 buku Hadis.

22/02/2021. Buku berjudul Menghayati Ramadan Mengikut Rasullah ini untuk dihadiahkan kepada para penderma.

Mencetak 1,000 buah buku Hadis Ramadan.

22/02/2021. Buku berjudul Menghayati Ramadan Mengikut Rasullah ini untuk dihadiahkan kepada para penderma.

Perbincangan Sistem Pengurusan Dana

20/02/2021. Perbincangan selama 2 hari pengurusan YPH antara Pengurus Besar, Pengarah IT dan Pengarah Operasi.

Keluarga Normala

15/02/2021. Selepas terlibat kemalangan, suami tidak mampu bekerja. Hilang sumber pendapatan.

Taja Anjur Wacana FIQH UTM

15/02/2021. Kempen berjaya kumpul RM 16,471.50 dan telah disampaikan.Yayasan Pendidikan Hidayah menaja penganjuran WACANA FIQH SAINS DAN TEKNOLOGI 2021 anjuran UTM Skudai.

Anak OKU

13/02/2021. Bantuan barang makanan dan barang keperluan anak OKU.

Keluarga Ridzuan

12/02/2021. Bantuan barang makanan dan Tab untuk pembelajaran Online

Mangsa Kebakaran Kulai

12/02/2021. Bantuan 60 naskah Al-Quran dan 50 helai sejadah kepada mangsa kebakaran komuniti Rohingya di Kulai. Sebuah madrasah dan beberapa buah rumah musnah dijilat api dalam kebakaran tersebut.

Keluarga Nasir

11/02/2021. Bantuan kewangan, barang makanan dan Tab untuk pembelajaran Online

Keluarga Norasia

11/02/2021. Bantuan kewangan, barang makanan dan Tab untuk pembelajaran Online

Keluarga Rozaimah

09/02/2021. Bantuan bil air dan elektrik tertunggak, kewangan dan makanan.

Menerima sumbangan Al-Quran dan sejadah.

09/02/2021. Yayasan Pendidikan Hidayah menerima sumbangan Al-quran dan sejadah untuk diedarkan kepada mereka yang susah.

Bantuan Kepada Ibu Tunggal

09/02/2021. Bantuan laptop dan tab untuk anak-anak keluarga B40, staf Sekolah Islam Hidayah dari Yayasan Pendidikan Hidayah.

Bantuan Kepada Ibu Tunggal

06/02/2021. Bantuan makanan dan tunai kepada ibu tunggal, Tampoi, Johor.

Derma Kepada Anak Yatim dan Fakir Miskin. Bantuan Pendidikan.

Jan - Feb 2021. Anak yatim dan fakir miskin dibantu dengan kemudahan komputer dan tab untuk mengikuti kelas online semasa musim PKP.

Bantuan Anak Yatim Pulai Perdana, Skudai, Johor

08/02/2021. Ayah telah meninggal dunia. Ibu tidak bekerja. Anak-anak perlu belajar secara online.

Bantuan Anak Yatim Impian Jaya, Senai, Johor.

08/02/2021. Mereka berdua pelajar Sekolah Rendah Islam Hidayah. Bantuan Tab untuk belajar Online semasa PKP.

Bantuan Awal Anak Yatim Piatu Pasir Gudang, Johor.

28/01/2021. Ayah meninggal selepas 11 bulan ibunya meninggal. Bantuan awal berupa tunai kepada anak yatim piatu.

Bantuan Standing Frame kepada anak down syndrom, Kg Sinaran Baru Skudai, Johor.

21/01/2021. Membantu anak tidak mampu berdiri dengan kemudahan standing frame untuk melatgih kekuatan otot kakinya.

Bantuan Selepas Banjir Kepada 30 Keluarga Mangsa

19/01/2021. Bantuan dalam bentuk tilam dan makanan kering.

Bantuan Back to School kepada pelajar Kampung Maju Jaya, Skudai, Johor.

19/01/2021. Bantuan dalam bentuk pakaian sekolah, bag dan peralatan sekolah. Juga makanan kepada keluarga.

Bantuan Kerusi Roda Warga Emas Kota Tinggi.

15/01/2021. Memberi bantuan kerusi roda kepada warga emas yang lumpuh separuh badan.

Bantuan Kepada Mangsa Banjir Berbagai Kaum.

10/01/2021. Yayasan Pendidikan Hidayah memberi bantuan selepas banjir kepada penduduk Kampung Laut, Skudai, Johor. Mereka terdidir dari kaum Melayu, Cina dan India.

Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kampung Semangar Kota Tinggi.

07/01/2021. Yayasan Pendidikan Hidayah memberi bantuan selepas banjir kepada 50 keluarga Kampung Semangar Kota Tinggi.

Bantuan Kepada Mangsa Bersihkan Rumah

03/01/2021. Sukarelawan Yayasan Pendidikan Hidayah membantu mangsa banjir membersihkan rumah.

Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pindah.

02/01/2021. Memberi bantuan makanan, minuman dan tenaga untuk pindah.ke pusat pemindahan banjir.

Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pindah.

02/01/2021. Memberi bantuan makanan dan minuman kepada 120 mangsa banjir dalam bentuk makan malam dan sarapan pagi.

Memulakan kempen Tabung Bantuan Banjir 2021.

02/01/2021. Yayasan Pendidikan Hidayah melancarkan kempen Tabung Bantuan Banjir ketika musim banjir tahun 2021.

Biasiswa Kepada Pelajar

Bantuan kewangan kepada pelajar miskin dan anak yatim.

Pendidikan Tahfiz

Bantuan kos operasi, yuran pelajaran dan peralatan sekolah

Mask Untuk Pelajar

Bantuan mask kepada pelajar fakir miskin dan anak yatim

PPE Untuk Frontliners

Bantuan PPE kepada frontliners menghadapi wabak COVID-19

Mangsa COVID-19

Bantuan makanan, belanja persekolahan dan kesihatan

Golongan OKU

Bantuan peralatan, perubatan dan kebajikan

Rumah Perlindungan

Bantuan makanan, kebajikan dan peralatan solat

Program Pendidikan

Penganjuran dan penajaan program pendidikan di sekolah

Kemudahan Solat

Bantuan kemudahan solat kepada masjid, fakir miskin dan sekolah
RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00

Bantuan Makanan dan Pakaian Solat

Anak-anak di rumah perlindunga n dibantu dengan sumbangan makanan dan pakaian solat.

Bantuan AgroEduFarm

Projek pertanian dan penternakan di sekolah. Mengabungkan usaha pelajar, guru dan ibu bapa.

Perabut Kepada Masjid

Bantuan meja untuk pusat aktiviti untuk aktiviti pembelajaran di masjid

Bantuan Komputer

Derma anak yatim dalam bentuk komputer untuk menjalani pembelajaran online

Bantuan Ramadan

Menyantuni fakir miskin dengan bekalan makanan

Bantuan Bekas Prajurit

Bantuan makanan khas dan barang keperluan harian pengidap kanser
RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00

Basikal Untuk Anak Yatim

Membahagiakan anak yatim dengan bantuan basikal

Bantuan Kepada Semua

Tidak terhad kepada kaum dan agama sahaja. Bantuan diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang layak.

Makanan Kepada Fakir Miskin

Suami kehilangan pekerjaan akibat kemalangan. Isteri sarat mengandung dan tidak mempu bekerja. Anak-anak pula tidak dapat ke sekolah.

Kerusi Roda Untuk OKU

Bantuan kerusi roda dan standing frame kepada anak OKU

Pesakit Buah Pingang

Bantuan duit, makanan dan barang keperluan pesakit buah pingang

Katil Klinikal

Bantuan kepada pesara kerajaan yang terpaksa baring sepenuhnya

Penganjuran Korban

Melaksanakan korban di kawasan miskin dan memerlukan

Bantuan Mangsa banjir

Bantuan barang keperluan rumah yang rosak, bantuan makanan dan kerja membersihkan rumah

Bantuan Mangsa banjir

Bantuan barang keperluan rumah yang rosak, bantuan makanan dan kerja membersihkan rumah
RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00

MAKLUMAN



Infaq minima RM20

Untuk mengambil kira kos pengurusan, nilai minima Infaq Iftar ialah 2 pek bersamaan RM20.

Harap maklum
RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00