bantuan mangsa banjir
Kenapa Perlu Bantu

Sehelai Sepinggang
Semua barang-barang habis ditengelami air. Mereka memerlukan selimut, pakaian,dan lain-lain.

Perlu Makanan
Pindah di pusat pemindahan perlukan makanan segera. YPH menyediakan makanan mereka.

Barang Keperluan
Susu anak, diapers, ubat-ubatan sakit dan demam. Malah apa jua barang keperluan diperlukan segera.
YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH
No akaun Bank Muamalat:
01020005432712
Rujukan Bank-In: BANJIR
Banjir Melanda Lagi
Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu dilanda banjir. Bandar atau kampung semua terkesan. Air sekain naik. Rumah ditinggalkan. Mangsa terpaksa mencari perlindungan. Saat sukar dan getir.
Yayasan Pendidikan Hidayah mengambil inisiatif membantu mereka yang terkesan. bantuan makanan, barangan keperluan dan juga kerja-kerja pembersihan.
Pindah ke Pusat Pemindahan
Mereka yang terjejas mesti menyelamatkan diri. Dengan sehelai sepinggang, mereka meninggalkan rumah menuju Pusat Pemindahan Sementara.

Hidayah Rescue Team
Yayasan Pendidikan Hidayah telah mengaktifkan Hidayah Rescue Team. Mereka bertungkus lumus membantu mangsa banjir pindah ke Pusat Pemindahan Sementara. Juga, membantu memasak dan menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa banjir yang terkesan.

Bawa Sekadar Yang Mampu
Tidak banyak yang boleh diselamatkan. Mereka pasrah dengan apa yang berlaku. Namun nyawa mesti diselamatkan. Semoga ada insan mulia yang akan membantu mereka.

Hidayah CAFE
Masakan untuk mangsa banjir dilakukan di Hidayah Cafe iaitu di Sekolah Islam Hidayah yang tinggi kawasannya dan tidak terjejas dengan banjir.

Hidayah CAFE
Yayasan Pendidikan Hidayah melalui Hidayah Rescue Team mengambil inisiatif membantu segera mangsa banjir dengan menyediakan makan malam sementara menanti bantuan sebenar tiba.
Semoga semua bantuan anda diterima Allah sebagai amal soleh.

Hidayah Rescue Team
Selepas banjir surut rumah penuh lumpur. Barangan rosak bersepah di dalam dan luar rumah. Ketika ini bantuan sangat diperlukan. Kerja mencuci dan mengemas barang terkesan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Hidayah Rescue Team mengambil peluang membantu mereka yang terkesan.

Dikecualikan cukai
Bagaimanakah sumbangan anda akan disalurkan?
Pusat Pemindahan Banjir
Beli barang keperluan dan hantar ke Pusat Pemindahan Banjir yang memerlukan.
Masak dan Hantar Makanan
Masak di Hidayah Cafe dan hantar ke mangsa banjir di rumah dan pusat pemindahan.
Bantuan Kerja Pembersihan
Selesai bencana banjir rumah perlu dibersihkan. Bantuan tenaga atau peralatan diperlukan.