Mencari keberkatan rezeki yang kita dapat, mari kita bantu anak yatim. Hulurkan sumbangan kepada DANA ANAK YATIM. Pastikan anak yatim yang kematian ayah, juga dapat dibantu dan diselamatkan.
Anak-anak yang kematian ayah semasa di alam sekolah terutamanya di Sekolah Islam Hidayah
Semua ibu-bapa menginginkan anak-anak mendapat pendidikan Islam dan membesar dalam suasana pembelajaran yang baik.
Mereka sanggup mengeluarkan belanja demi masa depan anak yang mempunyai nilai jati diri dan akhlak yang baik.
Namun takdir menentukan si ayah meninggal dunia. Maka hilanglah sumber pendapatan. Sara hidup mereka terjejas. Yuran persekolahan juga tidak mampu dijelaskan.
Lebih memilukan lagi apabila si ibu juga telah meninggal. Menjadikan mereka anak yatim piatu yang sangat sukar perjalanan hidupnya.
Alangkah baiknya jika anak-anak yatim dapat meneruskan persekolahannya tanpa masalah kewangan, kelengkapan sekolah yang baik, makanan sehat yang mencukupi dan peluang membesar dengan sempurna.
Sungguh malang jadinya jika anak-anak ini terpaksa mengharungi hidup sukar tanpa bantuan.
Yayasan Pendidikan Hidayah mengambil inisiatif membantu anak yatim seluruh Malaysia supaya mereka dapat dibantu meneruskan kehidupan, membesar dengan sempurna dan mendapat pendidikan yang baik.
DANA ANAK YATIM diwujudkan untuk tujuan ini. Bersama menyelamatkan anak-anak yatim kita di Sekolah Islam Hidayah.
Bantuan makanan, kewangan atau kebajikan. Ibu hilang sumber pendapatan.
Membantu perbelanjaan persekolahan termasuk yuran di Sekolah Islam Hidayah.
Potongan di bawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967, Nombor Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.8482.
Tempoh kuatkuasa kelulusan: 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2025
YPH ditubuhkan pada 10 Disemer 2018, di bawah Akta 258, Undang-undang Malaysia dengan nombor pendaftaran PPAB-26/2018. Agensi yang meluluskan ialah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH
Bank Muamalat: 01020005432712
YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH
KM26, Kg Sinaran Baru,
Jalan Johor Bahru,
81300 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
Tel: +6075574689
E-mel: [email protected]
MAKLUMAN