Miza (17 tahun), Anas (4 tahun) dan Aira (11 bulan) telah ketiadaan ibu dan bapa. Mereka bertiga kini sebatang kara. Mengharung hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, selama-lamanya.
Kisah bermula apabila ibu mereka meninggal dunia selepas melahirkan Aira sekitar Mac 2020. Bersendirian melihat pemergian ibunya tentunya menjadi pengalaman sedih buatnya.
“Ketika itu ayahnya baru kerja semula. Mereka berempat di rumah bersama emaknya. Bila emaknya senyap, Miza terus talipon saya” makcik menceritakan.
Selepas kira-kira 11 bulan hidup tanpa kasih sayang seorang ibu, ayahnya pula pergi meningglkan mereka pada 24 Jan 2021
“Ayahnya meninggal sebab sakit jantung. Masa tu mereka empat beranak duduk di rumah mereka. Miza telefon saya memaklumkan apa yang berlaku kepada ayahnya.” kata makcik mereka yang merupakan kakak kepada bapa mereka, almarhum Norrahman.
Menghadapi pemergian dua orang tersayang iaitu ibu dan bapanya, tentunya menjadi peristiwa yang menyayat hati bagi Miza.
Kini, pada usia hanya 17 tahun, Miza terpaksa mengharungi masa depan bersama dua adik-adiknya yang masih tidak mengerti apa-apa lagi. Tentunya, ia sangat menyukarkan.
Ibunya dulu seorang suri rumah. Ayahnya pula, sebelum meninggal, bekerja formen bahagian penyelengaraan di sebuah golf resort di Pasir Gudang, Johor.
Bagaimanakah Miza akan menghadapi SPM nya? Kedua-dua adiknya pula memerlukan pampers dan susu. Mampukah Miza menghadapi semua kesukaran ini pada usia semuda itu? Tanpa duit. Tanpa kasih sayang ayah dan ibu.
Rasulullah Saw bersabda: “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di surga seperti ini”, kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta agak merenggangkan keduanya” (HR. Bukhari).
Yayasan Pendidikan Hidayah mengambil inisiatif membantu anak yatim seluruh Malaysia supaya mereka dapat meneruskan kehidupan, membesar dengan sempurna dan mendapat pendidikan yang baik. DANA ANAK YATIM diwujudkan untuk tujuan ini. Derma dikecualikan cukai LHDN.
NOTA: Miza, Anas dan Aira kini di bawah jagaan sementara makcik mereka iaitu kakak kepada ayah mereka, almarhum Norrahman. Penggunaan gambar adalah dengan kebenaran penjaga.
Mencari keberkatan rezeki yang kita dapat, mari kita bantu anak yatim. Hulurkan sumbangan kepada DANA ANAK YATIM. Pastikan anak yatim yang kematian ayah, juga dapat dibantu dan diselamatkan.
Anak-anak yang kematian ayah semasa di alam sekolah terutamanya di Sekolah Islam Hidayah
Semua ibu-bapa menginginkan anak-anak mendapat pendidikan Islam dan membesar dalam suasana pembelajaran yang baik.
Mereka sanggup mengeluarkan belanja demi masa depan anak yang mempunyai nilai jati diri dan akhlak yang baik.
Namun takdir menentukan si ayah meninggal dunia. Maka hilanglah sumber pendapatan. Sara hidup mereka terjejas. Yuran persekolahan juga tidak mampu dijelaskan.
Lebih memilukan lagi apabila si ibu juga telah meninggal. Menjadikan mereka anak yatim piatu yang sangat sukar perjalanan hidupnya.
Alangkah baiknya jika anak-anak yatim dapat meneruskan persekolahannya tanpa masalah kewangan, kelengkapan sekolah yang baik, makanan sehat yang mencukupi dan peluang membesar dengan sempurna.
Sungguh malang jadinya jika anak-anak ini terpaksa mengharungi hidup sukar tanpa bantuan.
Yayasan Pendidikan Hidayah mengambil inisiatif membantu anak yatim seluruh Malaysia supaya mereka dapat dibantu meneruskan kehidupan, membesar dengan sempurna dan mendapat pendidikan yang baik.
DANA ANAK YATIM diwujudkan untuk tujuan ini. Bersama menyelamatkan anak-anak yatim kita di Sekolah Islam Hidayah.
Bantuan makanan, kewangan atau kebajikan. Ibu hilang sumber pendapatan.
Membantu perbelanjaan persekolahan termasuk yuran di Sekolah Islam Hidayah.
Potongan di bawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967, Nombor Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.8482.
Tempoh kuatkuasa kelulusan: 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2025
YPH ditubuhkan pada 10 Disemer 2018, di bawah Akta 258, Undang-undang Malaysia dengan nombor pendaftaran PPAB-26/2018. Agensi yang meluluskan ialah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH
Bank Muamalat: 01020005432712
YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH
KM26, Kg Sinaran Baru,
Jalan Johor Bahru,
81300 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
Tel: +6075574689
E-mel: derma@yayasanhidayah.my
MAKLUMAN