Golongan asnaf dan B40 yang kesempitan dan perlu dibantu
Pengajian Tahfiz yang tidak mencukupi dana operasi nya
Sekolah Islam yang terhad dana operasi dan kemudahannya
Bayangkan mereka yang kelaparan menerima makanan, pengajian tahfiz dapat belajar dengan selesa dan sekolah Islam swasta dapat diurus dengan baik dan lengkap kemudahannya.
Pengalaman Yayasan Pendidikan Hidayah memberi bantuan kepada fakir miskin membuktikan memang ramai mereka yang terhimpit dalam kemiskinan. Mereka terdiri dari anak yatim, OKU, warga emas malah juga mereka yang hilang punca pendapatan akibat bencana COVID-19. Bagaimanakah nasib mereka di bulan Ramadan
Ramadan adalah masa terbaik untuk membantu. Setiap amalan kita akan dilipat gandakan. Jika infaq di bulaan biasa mendapat 700 kali ganda, Bayangkan gandaan di bulan Ramadan.
Selain fakir miskin, Infaq anda juga akan digunakan membantu pengajian tahfiz dan sekolah-sekolah Islam swasta yang tiada dana mencukupi.
Kekurangan dana ini menjadikan perjalanan pengajian tahfiz dan sekolah Islam tidak sempurna. Dana terhad untuk pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan-kemudahan sekolah juga tidak dapat disediakan dengan baik.
Yayasan Pendidikan Hidayah berhasrat memperkasakan pengajian tahfiz dan pendidikan Islam. Generasi yang dilahirkan nanti akan memberi pahala berterusan walaupun anda sudah di alam barzah.
Rebut peluang amalan Infaq di bulan Ramadan melalui Yayasan Pendidikan Hidayah
Memberi makanan kepada mereka yang memerlukan
Menaja yuran anak yatim, pelajar tahfiz dan sekolah Islam
Bantuan dana pengurusan dan kemudahan tahfiz & sekolah
YPH ditubuhkan di bawah Akta 258, Undang-undang Malaysia dengan nombor pendaftaran PPAB-26/2018 pada 10 Disember 2018. Agensi yang meluluskan ialah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
MAKLUMAN