Johor Bahru, 09 September 2020.
Guru Besar, guru-guru dan pelajar kurang berkemampuan dari Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya (SKKMJ), Skudai ada sebab tersendiri untuk merasa gembira apabila menerima kunjungan Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH).
YPH telah mengunjungi SKKMJ untuk menyampaikan bantuan mask hasil sumbangan orang ramai melalui Projek Bantuan Mask Untuk Pelajar Kurang Mampu anjuran YPH.
Rombongan YPH telah diketuai oleh pengurus besarnya Tuan Haji Ahmadon Bakri.
Seramai 70 orang pelajar dari keluarga fakir miskin dan anak yatim telah dibantu. Pelajar perempuan juga ditambah dengan dihadiahkan set telekung.
Rombongan YPH telah disambut oleh Guru Besar SKKMJ Puan Hajah Zarina Ibrahim dan beberapa guru lain.
Puan Hajah Zarina menyatakan penghargaan dan kegembiraannya di atas bantuan yang disampaikan kerana pelajar-pelajar mendapat bantuan mask berkualiti dan boleh dibasuh dan diguna semula. Katanya lagi, mask pakai buang sedia ada sangat membebankan pelajar-pelajar terutamanya mereka yang kurang berkemampuan.
Sebahagian pelajar yang mewakili 70 orang rakan-rakan mereka juga terserlah kegembiraan mereka menerima bantuan mask ini.
Tuan Haji Ahmadon dalam ucapannya pula menyatakan rasa bersyukur kerana dapat menyampaikan bantuan orang ramai kepada mereka yang sangat memerlukan. Beliau juga menyatakan terima kasih kepada SKKMJ kerana sudi menerima bantuan tersebut.
YPH telah melancarkan Projek Bantuan Mask Untuk Pelajar Kurang Mampu pada 18 Ogos 2020. Orang ramai yang menyumbang ke tabung ini dikecualikan cukai pendapatan LHDN.
Orang ramai boleh terus menyumbang ke Tabung Bantuan Mask Untuk Pelajar di link berikut.