Mukhayyam Tingkatan 2
Perkhemahan KRS(M) 2019
Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada aktiviti wajib yang dilaksanakan saban tahun bagi memenuhi beberapa objektif yang telah dibincangkan bagi melengkapkan anak-anak SMIH di tingkatan 2 dengan kemahiran dan pengalaman tertentu.
Ia terdiri dari garapan kemahiran dari aspek fizikal, mental dan juga Program. Kemahiran yang diperolehi di mukhayam ini adalah sangat berbeza dari perkhemahan tahunan yang diadakan oleh unit-unit beruniform di luar sana.
Amatlah diharapkan program ini memberi manfaat atas mutiara pedoman yang dibekalkan untuk meladeni perjalanan hidup yang masih panjang sebagai seorang dai’e.
Objektif
Aplikasi Kemahiran
Mengaplikasikan ilmu-ilmu kemahiran dalam silibus KRSM (Ilmu Perkhemahan, Kawad, Ikatan Gadget dan BASED).
Ukhuwah Islamiyyah
Menyemarakkan perasaan toleransi, setiakawan dan semangat berpasukan (ukhuwah islamiyyah) dalam menjalankan aktiviti berkumpulan.
Disiplin dan Adab
Mendidik dan memperkasakan disiplin dan adab dikalangan pelajar.
Bayar Yuran
Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM70.
Yuran hendaklah dilangsaikan sebelum 8:00 pagi 15 September 2019.
PEMANJANGAN TEMPOH: Sila bayar sebelum 11:59 malam 16 September 2019.
Pembayaran tunai boleh dihantar kepada Left Muda KRSM Susanti selaku bendahari.
Sebarang masalah lain berkait pembayaran, sila hubungi: Left Muda KRSM Susanti ( WA )
Anda ada kemusykilan? Kami ada jawapan.
Siapakah yang perlu ke mukhayyam ini?
Semua pelajar tingkatan 2, 2019.
Kehadiran adalah WAJIB. Sebarang keuzuran perlu memohon dengan surat rasmi kepada pengetua dengan surat sokongan doktor sekiranya sakit.
Bilakah program akan berlangsung?
Program akan bermula pada Khamis 19 September 2019 12.00 tengahari.
Program dijangka tamat pada Sabtu 21 September 2019 3.30 petang.
Di manakah program akan berlangsung?
Kem PULADA, Ulu Tiram.
Apakah kelengkapan yang perlu anak saya bawa?
- Mathurat.
- Mushaf al-Quran terjemah.
- Ubat-ubatan peribadi.
- Insect repellent.
- Barang mandian.
- Kain anduh.
- Tali nylon 2m.
- Lampu picit.
- Alatulis dan buku catatan.
Anak-anak DILARANG membawa senjata tajam. i.e. parang, pisau rambo dan seumpamanya.
Pakaian apakah yang perlu anak saya sediakan?
- Seragam no 4 KRS lengkap.
- Tshirt KRS hijau.
- Baju kokurikulum SMIH.
- Baju sukan SMIH.
- Sehelai Tshirt berkolar yang sopan.
- Seluar sukan hitam tanpa corak secukupnya.
- Kasut yang sesuai untuk aktiviti lasak dan hutan.
- Stokin dan pakaian dalam secukupnya.
- Baju hujan.
Apakah yang akan anak saya makan?
Makanan akan disediakan sepanjang program berlangsung. Anak-anak tidak perlu membawa bekalan makanan kecuali air kosong secukupnya.
Adakah anak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit?
DILARANG SAMA SEKALI.
Sebarang kehilangan tidak akan ditanggung oleh guru pengiring.
Siapakah yang perlu saya hubungi untuk kecemasan dan sebagainya?
Tuan/puan boleh hubungi ketua pengiring rombongan di bawah.
Left Muda KRSM Mohd Fikri bin Abdul Rahman: 013-703 4227 ( WA )
Ada tak group TG/WA untuk ibu bapa?
Kita akan gunakan group telegram ibu bapa bagi tingkatan 2 untuk komunikasi.
Adakah sekolah menyediakan ubat sekiranya anak saya sakit?
Tuan/puan perlu menyediakan ubat-ubatan peribadi anak-anak sendiri. Kami tidak menyediakan sebarang ubat untuk dimakan apabila sakit.
Namun kami akan membawa anak-anak ke klinik untuk dapatkan rawatan dan ubat-ubatan sekiranya perlu (sakit setelah tiba / kecederaan / dsb).
Pertanyaan belum terjawab?
Sila tanyakan kepada Ustaz Fikri sebagai Pengarah Mukhayyam.