Perkhemahan KRS Tingkatan 1
Semoga tuan/ puan sentiasa di dalam keadaan sihat sejahtera. Perkara di atas adalah dirujuk. Semua pelajar tingkatan satu dikehendaki untuk menyertai perkhemahan tingkatan satu yang dianjurkan oleh KRS(M), Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor. Kehadiran anak/ jagaan tuan/ p.uan adalah wajib. Sebarang ketidakhadiran atau masalah kesihatan perlu dinyatakan dalam borang kebenaran ibubapa.
Objektif Mukhayyam
Identiti
Membentuk identiti diri sebagai pelajar SMIH
Berdikari
Membina peribadi pelajar yang mampu berdikari dan bertoleransi
Kekuatan Mental
Membina kekuatan mental
Kemahiran KRS
Mengaplikasikan ilmu-ilmu kemahiran dalam silibus KRS(M)
Tarikh dan Masa
Bermula 11:45 pagi Khamis, 25 Julai 2019 sehingga Sabtu 27 Julai 2019 (dijangka selesai urusan pada 3:00 petang).
PdPc adalah seperti biasa pada hari Khamis 25 Julai 7:45 pagi – 11:45 pagi.
Tempat
KW Caravan Park, Kg Parit Pinang, Benut, Pontian
Bayar Yuran
Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM70 bagi seorang pelajar. Tarikh akhir untuk membayar yuran adalah pada Isnin, 22 Julai 2019.
Tuan/puan boleh membayar melalui dua cara:
#1 - Atas Talian
The form is not published.
Maaf, pembayaran atas talian telah ditutup untuk diproses pengeluarannya. Bagi ibu bapa yang mahu membayar yuran anak, sila bayar secara tunai seperti di bawah.
#2 - Tunai
Berikan RM70 disertakan dengan borang kebenaran ibu bapa kepada Ustazah Sulaimah Abd Wahid di sekolah.