AKTIVITI DAN BANTUAN

ke mana derma anda dibelanjakan

BANTUAN BIASISWA PELAJAR HIDAYAH
19/04/2025. Serahan mock cek biasiswa kepada pelajar Sekolah Rendiah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah sempena Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri 2025. Majlis diadakan di Dataran Amanah, Sekolah Rendah Islam Hidayah JB. Nilai ini adalah untuk sepanjang tahun 2025 melibatkan pelajar Hidayah Johor Bahru dan Batu Pahat.
Sila klik untuk berita lanjut.
BAKUL RAMADAN UNTUK STAF HIDAYAH BP
26/03/2025. Bantuan makanan barang dapur kepada staf Sekolah Rendah Islam Hidayah BP dan Sekolah Menengah Islam Hidayah BP.
BAKUL RAMADAN UNTUK PEMANDU BAS HIDAYAH
26/03/2025. Bantuan makanan barang dapur kepada pemandu-pemandu bas Sekolah Islam Hdayah sempena Ramadan.
KUNJUNGAN HORMAT YPH KE JPNJ
19/03/2025. Yayasan Pendidikan Hidayah membuat kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sempena Ramadan. YPH berpeluang bertukar-tukar pandangan dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Hanafi bin Samad (tengah) dan pegawai-pegawai di JPNJ. Terima kasih atas layan mesra yang diberikan.
Sila klik untuk berita lanjut.
BANTUAN RAMADAN 2.0
19/03/2025. Bantuan makanan kepada 261 staf Sekolah Islam Hidayah dan semua kakitangan sokongannya. YPH juga turut menyampaikan bantuan makanan kepada asnf di daerah Kota Tinggi dan Pasir Gudang melalui beberapa buah sekolah. Barangan diambil oleh guru-guru sebagai wakil sekolah, di pejabat YPH. Dengan edaran hari ini, ia melengkap bantuan makanan kepada 1,000 keluarga asnaf sempenan Ramadan 2025.
Sila klik untuk berita lanjut.
BANTUAN KEPADA ASNAF KOTA TINGGI
19/03/2025. Alhamdulillah, pada 19 Mac 2025, YPH dengan kerjasama IKRAM Kota Tinggi telah berjaya mengagihkan sebanyak 40 pek bingkisan Ramadan kepada keluarga asnaf Kota Tinggi melalui pelajar-pelajar sekolah dan warga sekolah di SMK Taman Kota Jaya serta SMK Seri Aman. Barang bantuan telah diambil oleh Puan Asiah dan guru-gur sekolah berkenaan.
Sila klik untuk berita lanjut.
BANTUAN BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
06/03/2025. Sejak Ramadan ini, sebanyak 850 keluarga telah dibantu melalui agihan bakul Ramadan. Ia adalah bantuan makanan percuma kepada keluarga asnaf sempena bulan Ramadan. Sejak penubuhannya, setiap tahun YPH membuat bantuan bakul Ramadan. Ini adalah tahun ke tujuh. Bantuan disampaikan kepada keluarga terpilih melalui sekolah-sekolah. Guru-guru sebagai wakil sekolah akan datang ke pejabat YPH untuk mengambil barang-barang berkenaan dan disampaikan di sekolah masing-masing. Tahun 2025, sebanyak 1,000 buah keluarga akan dapat dibantu.
Sila klik untuk berita lanjut.
BANTUAN ASNAF KE TAMAN PASIR PUTIH
06/03/2025. Bantuan makanan kepada asnaf di Pasir Gudang juga disampaikan melalui Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih (SKTPP), Pasir Gudang. Barang=barang bantuan telah diambil sendiri oleh Guru Besar SKTPP bersama guru-gurunya di pejabat YPH. Tahun ini YPH mensasarkan bantuan Ramadan kepada 1,000 keluarga asnaf.
Sila klik untuk berita lanjut.
BANTUAN ANAK TAHFIZ
04/03/2025. Bantuan yuran pendaftaran dan tahunan kepada anak Pn.Maslinda Saad, yang belajar di Madrasah Jami'yyatul Khairiyyah Hassaniyyah,Felda Air Tawar 3,Kota Tinggi.
Pn.Maslinda merupakan seorang ibu tunggal dan menghidap penyakit SLE kronik.
BANTUAN BUKU DAN PERALATAN SEKOLAH
10/02/2025. Bantuan buku sekolah untuk adik Muhammad Afiq Haikal Bin Muizzudin yang bersekolah di tingkatan 5 Sek Men Keb Taman Impian Emas. Beliau dan 4 orang adik beradik yang lain telah kematian ibu 2 tahun lepas dan tinggal bersama ayahnya yang berkerja di sebuah kilang di Tampoi.
BANTUAN KEPADA ANAK YATIM SELANGOR
09/02/2025. Sumbangan alat tulis dan peralatan sekolah untuk 130 orang anak- anak yatim di Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni,Kg Paya Jaras Hilir,Sg Buloh, Selangor. Program ini dikendalikan oleh 40 orang pelajar daripada Musolla Comunity ClubMusCom),Kolej Yayasan UEM. YPH diwakili oleh alumni Hidayah, saudara Muhammad Mus'ab Umaiyr Bin Suryani.
BANTUAN BUKU DAN PERALATAN SEKOLAH
04/02/2025. Bantuan buku sekolah untuk anak Pn.Siti Nur Fateha, Muhammad Nor Iman Bin Asrin, pelajar Tingkatan 4 di SMK TMN IMPIAN EMAS. Pn.Siti Nur Fateha merupakan seorang ibu tunggal dan berkerja sebagai operator di sebuah kilang di Kempas.
BANTUAN BUKU DAN PERALATAN SEKOLAH
04/02/2025. Bantuan buku sekolah untuk 2 orang anak En.Zulkarnain Mohd Hassan,yang bersekolah di SMK TMN TUN AMINAH dan SK TMN TUN AMINAH 2. En.Zulakrnain menghidap penyakit slip disc kronik dan tidak mampu berkerja sejak beberapa tahun lepas.
SUNATON DAN B2S UNTUK B40
16/01/2025. Menganjurkan program sunat beramai-ramai dan bantuan Back to School kepada anak-anak dari keluarga B40 sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai. Program sunat sebahagian besar kos ditaja oleh YPH. Barangan B2S pula diberikan percuma.
INFAQ MAKAN JUMAAT
10/01/2025. Infaq Makanan Jumaat untuk pelajar- pelajar yang menunaikan solat Jumaat. Makanan dan minuman disediakan percuma kepada pelajar- pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) dan Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH).
Sila klik untuk berita lanjut.
SUMBANG AL QURAN
10/01/2025. YPH menyumbang 75 buah naskhah Al Quran kepada Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka, Kempas Johor Bahru sempena Majlis Khatam Al Quran Pelajar tahun 6 sesi 2024/2025.
MENERIMA BANTUAN AL-QURAN
08/01/2025. Menerima sumbangan 100 buah naskhah Al Quran size A6 dan 50 buah naskhah Al Quran size B5 daripada Waqaf Nur Quran Bandar Dato Onn. Quran akan diagihkan kepada sekolah-sekolah dalam majlis Khatam Quran pelajar.
BANTUAN B2S KEPADA MANGSA BANJIR
27/12/24. Sumbangan Back to School dalam bentuk Al Quran dan alat tulis untuk 60 orang pelajar di Madrasah Tahfiz Darul Ulum, Jertih,Terengganu. Madrasah ini dilanda bencana banjir pada awal Dis 2024 yang lalu. Team Bikers Mycare yang diketuai oleh En.Mohamad Saadon Sulaiman telah mewakili YPH menyampaikan sumbangan kepada mudir madrasah Ustaz Zakhir Zakaria.
RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00

BANTUAN PERUBATAN USTAZ AZMEN
23/10/2024. Serahan sumbangan berjumlah RM 35,415.00 kepada Ustaz Azmen Bin Yusof,guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru untuk membantu menampung sebahagian kos rawatan jantung beliau. Usaha kutipan dana ini dijalankan dengan kerjasama Persatuan Alumni Sekolah Islam Hidayah (Pals),
TAJA PROGRAM STAY SAFE DAN KLINIK SOLAT
19/10/2024. Program Klinik Solat dan Stay Safe (Keselamatan Diri & Sentuhan Selamat) khas unt remaja, kaum ibu dan masyarakat di kariah Masjid At Taqwa,Taman Pulai Utama, Skudai., Johor
MY BAKING JOURNAL
18/10/2024. YPH menganjurkan program My Baking Journal. Program yang disertai oleh 40 orang pelajar sekolah rendah (usia 6 hingga 12 tahun) ini telah dikendalikan oleh Pn.Rosila Ahmad daripada MyCravory Foods.
Peserta diberi peluang membuat 'soft cookies' dan juga menghias kek sendiri.
Sila klik untuk berita lanjut.
BANTUAN AL-QURAN
16/10/2024. Sumbangan naskhah Al-Quran kepada 91 orang pelajar yang berjaya khatam Al-Quran. Hadiah diberikan sempena Majlis Khatam Al-Quran Perdana, Sekolah Kebangsaan Kempas, Johor Bahru yang akan diadakan pada 3 Disember 2024. Sumbangan disampaikan melalui wakil guru,Ustaz Zukarnai b Ismail, Ustazah Nuratifah bt Zakaria dan Ustazah Noraida bt Othman.
Taja Team Building Staff PPH
3-5/10/2024. YPH menaja sebahagian daripada kos program Perkhemahan Team Building Guru dan Kakitangan Lelaki Pusat Pendidikan Hidayah di Pulau Besar, Mersing. Seramai 55 org kakitangan yang telah turut serta dalam program ini.
Nilai sumbangan: RM1000.
Bantuan Biasiswa Pelajar Sekolah
03/10/2024. Bantuan biasiswa kepada adik Muhammad Alif Mifzal Bin Osman, pelajar tingkatan 4 Muraqabah di Sekolah Menengah Islam Hidayah JB. Alif Mifzal sangat berbakat dalam aktiviti sukan memanah sehingga melayakkan beliau mewakili negeri Johor dalam Kejohanan Sukan Memanah MSSM dan juga SUKMA XXI di Sarawak. Nilai bantuan : RM 500 sebulan bermula Mac 2024.
Bantuan Biasiswa Pelajar IPT
03/10/2024. Bantuan yuran pengajian unt Cik Nur Alwani Farhah Binti Khairillah, yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak- Kanak di UNITAR International University, Johor Bahru. Beliau yang telah kematian ayah pada tahun 2022 ,hanya bergantung sepenuhnya dengan pendapatan ibunya yang berkerja sebagai pembantu taska di IMAN ELC Cawangan Skudai., Johor.
Bantuan Lawatan Sekolah
30/09/2024. Sumbangan untuk Program Lawatan Sambil Belajar ke Melaka untuk 49 orang pelajar asrama dan 13 orang guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid,Johor Bahru. Sumbangan disampaikan melalui PK HEM, Guru Kaunseling dan juga warden asrama.
Bantuan Makanan Pelajar Tahfiz
25/09/2024. Bantuan makanan untuk 30 orang pelajar Tahfiz Al- Quran Zawiyah Darul Madad, Kg Sagil Parit 1, Tangkak, Johor. Bantuan telah disumbangkan bermula bulan Julai, Ogos dan September 2024 Nilai bantuan : RM 9,900.00 sebulan..
Program Pemimpin Remaja
14-16/09/2024. Sumbangan untuk Program Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak (XPERT) anjuran IKRAMTeens Malaysia yang diadakan di Pusat Latihan Zakat,Pulau Pinang. SMIH menghantar 41 orang pelajar dan 4 orang pengiring..
Bantuan Yuran Pengajian UPSI
07/09/2024. Bantuan yuran pengajian untuk Cik Siti Nasuha Binti Esa, mahasiswa ( DPLI ) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Sekarang beliau sedang menjalani praktikal di SMK Kayu Ara Pasong, Pontian. Beliau merupakan anak ke 6 daripada 8 orang adik beradik dan mempunyai seorang adik OKU lembam. Ayah beliau telah meninggal dunia. Nilai bantuan : RM 800.00.
Taja Program Kita Anak Malaysia (KAMI)
07/09/2024. YPH menaja penganjuran Karinival Kita Anak malaysia. Karnival ini dianjurkan oleh IKRAM Malaysia di Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, Johor. Nilai tajaan RM 3,000.00
Sila klik untuk berita lanjut.
Sumbangan Vacum Cleaner ke SRIH BP
07/09/2024. Pengurus Besar YPH, Tn.Hj Ahmadon Bin Bakri menyampaikan sebuah pembersih hampagas(vakum) untuk kegunaan Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pahat (SRIHBP).
Program NADWAH KEPIMPINAN
06-08/09/2024. YPH memberi sumbangan untuk Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Musleh 2024. Program ini diadakan di Nur Lembah Pongsun Eco Resort, Hulu Langat, Selangor. SMIHJB menghantar seramai 31 orang pelajar daripada barisan kepimpinan sekolah. Nilai bantuan: RM1,500.00.
Bantuan Laptop Kepada Ustazah
03/09/2024. Bantuan sebuah komputer riba untuk Ustazah Halimaton Saadiah Bt Manaf,yang mengajar mengaji kelas kanak-kanak dan dewasa, secara bersemuka dan juga online. Beliau mempunyai seramai lebih kurang 110 orang pelajar sekitar Johor Bahru. Nilai bantuan : RM2,299.00
Bantu Yuran Anak Yatim
03/09/2024. Bantuan yuran pengajian untuk anak yatim SRIHJB, adik Sara Khadeejah Binti Abd Rahman (tahun 2).bermula daripada bulan Ogos 2024 hingga Januari 2025. Ibunya, Pn. Samsiah Bt Mohd Salleh merupakan AJK PIBG SRIHJB sejak tahun 2023. Nilai bantuan : RM2,675.00
Bantu Pelajar IPT Kedah
28/08/2024. Bantuan yuran pengajian untuk Cik 'Arifah Nafisah Binti Ahmad Akhyari yang melanjutkan pengajian dalam bidang Kursus Asasi Pengajian Islam di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abd Halim (UNISHAMS), Kuala Ketil, Kedah.
Ayah dan ibunya mengajar di Sekolah Agama Rakyat.
Bantuan Keluarga Susah
26/08/2024. Bantuan barang dapur dan keperluan anak seperti lampin pakai buang dan susu formula, untuk keluarga Pn.Salwaton Binti Yusof yang tinggal menumpang dir umah jirannya di Jln Harmoni, Kg Sri Aman,Sinaran Baru.
Suami beliau di dalam penjara di Selangor.
Kursus Jenazah Untuk Kanak-Kanak
17/08/2024. Memberi kefahaman kepada kanak-kanak berumur 7-12 tahun tentang pengurusan jenazah yang betul. Penyertraan percuma diberikan kepada sebahagian peserta dari keluarga B40. Seramai 66 orang peserta Johor Bahru, Kulai dan Pasir Gudang. Kursus dijalankan di Musolla Sekolah Menengah Islam Hidayah JB.
Sila klik untuk berita lanjut.
HIS Open Archery Championship 2024
09/08/2024. Menganjurkan HIS (Hidayah Islamic School) Open Archery Championship. Pertandingan memanah ini terbuka kepada peserta seluruh Malaysia dan jemputan antarabangsa. Dianjurkan pada 9-11/08/2024 di padang Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru. Seramai 620 peserta telah mengambil bahagian.
Sila klik untuk berita lanjut.
Sumbangan Al-Quran ke Kelas Mengaji
31/07/2024. Sumbangan 15 naskhah Al Quran untuk Kelas Mengaji Ustazah Aminah di Taman Setia Indah,JB.Kelas ini mempunyai lebih kurang 50 orang pelajar yang berumur diantara 4 hingga 15 tahun. Semoga ramai yang akan dapat manfaatnya.
Bantuan Kebajikan Nenek Lumpuh dan Uzur.
30/07/2024. Bantuan barang dapur dan lampin pakai buang dewasa untuk pesakit stroke,Pn. Khalsom Binti Hassan ,berumur 76 tahun. Beliau tinggal bersama suami,anak dan cucunya di Taman Desa Skudai,Skudai JB. Beliau tidak boleh menguruskan diri sendiri dan dijaga sepenuh masa oleh anak lelaki beliau.
Bantuan Anak Mengidap Kanser
30/07/2024. Bantuan susu dan lampin pakai buang untuk pesakit leukimia,adik Nor Alisha Umairah Binti Mohd Romzan,berumur 4 tahun 7 bulan.Adik Alisha baru sahaja selesai menghabiskan rawatan kemoterapi di HSI.
Bantuan Kebajikan Pesakit Lumpuh
30/07/2024. Bantuan barang dapur dan lampin pakai buang dewasa untuk pesakit stroke,Pn. Rosnah Binti Hamzah,berumur 61 tahun. Beliau tinggal bersama suami dan anak perempuannya di sebuah rumah sewa di Jalan Denai Utama,Kempas, Johor Bahru. Beliau telah 12 tahun menghidap lumpuh di bahagian kaki dan tidak boleh menguruskan diri sendiri.
Bantuan Ibu Tunggal Anak Sakit
30/07/2024. Bantuan susu dan lampin pakai buang untuk anak Pn.Siti Nur Fateha Binti Tahir, berumur 4 tahun yang dimasukkan ke hospital selama 7 hari akibat jangkitan kuman dalam darah dan paru- paru. Pn.Nur Fateha merupakan seorang ibu tungal yang menyara 2 orang anaknya berumur 4 dan 17 tahun.Beliau berkerja di sebuah kilang di Kempas, Johor Bahru.
Kem Smart Solat 2024
27/07/2024. Membimbing anak-anak dari umur 7 hingga 17 tahun, cara solat yang betul. Kursus separuh hari ini dilaksanakan di Masjid At-Taqwa, Taman Pulai Utama, Skudai, Johor. Ia dikendalikan oleh Ustaz dan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Islam Hidayah, JB. Sila klik untuk berita lanjut.
Bantuan Pelajar Cemerlang Asasi UNIMS
20/07/2024. Bantuan yuran pengajian kepada anak yatim piatu Muhammad Hazlam Bin Omar, yang mendapat tawaran pengajian peringkat Asasi (Sains Hayat) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau mempunyai 5 orang adik beradik, 2 orang abangnya masih menuntut di UNIMAP dan UTEM,dan 2 orang adiknya bersekolah di SMK Seri Tanjung dan SK Lereh, Melaka.
Menaja Penganjuran Program Sukan Ihtifal Riyadi
13/07/2024. YPH menaja sebahagian daripada kos hadiah untuk Hari Sukan Ihtifal Riyadhi anjuran Institusi Pendidikan Islam Swasta Johor Bahru (IPIS) yang diadakan di Stadium Azman Hashim, UTM Skudai.
Menaja Penganjuran Program Sukan Ihtifal Riyadi
13/07/2024. Tajaan jersi pasukan futsal SekolH Menengah Islam Hiudayah (SMIHJB). Alhamdulillah SMIH menjadi Johan.
Bantuan Pelajar Cemerlang Asasi UM
04/07/2024. Zia mendapat semua A dalam keputusan SPM. Mendapat tawaran ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Hampir tidak terlepas peluang kerana keluarga tidak mampu membayar yuran pendahuluan. YPH membantu yuran pendahuluan pendaftarannya ke PASUM.
Bantuan Pelajar Pengajian Tahfiz
01/07/2024. Membantu pelajar bernama Afiq untuk mengikuti pengajian Tahfiz. Ibunya bekerja di kilang kueh dengan pendapatan hanya RM 1,500 sebulan. untuk menyara keluarga.
Bantuan Pelajar Matrikulasi
01/07/2024. Bantuan yuran pengajian semester 3 & 4 untuk Cik NurFatin Nabilah Binti Mohd Famie,mahasiswa di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak. Beliau diwakili ibunya, Pn Noorazlina Binti Alias untuk menerima bantuan di pejabat YPH.
Bantuan Pendidikan Kepada SMIH
29/06/2024. Bantuan pendidikan kepada Sekolah Menengah Islam Hidayah dalam bentuk biasiswa pelajar, penganjuran program tarbiah dan ko-kurikulum. Sebanyak RM 137,582.20 telah disalurkan sepanjang tempoh Jan - Jun 2024. Pada tahun 2024, SMIH bertanggungjawab mentarbiyah 820 pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5.
Menganjurkan Ibadah Korban 2024
20/06/2024. Membantu peserta-peserta korban melaksanakan Ibadah Korban 2024 di Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru. Sebanyak 29 ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya dibahagi-bahagikan di kalangan peserta korban, asnaf, stag Hidayah dan masyarakat sekitar. Sila klik untuk berita lanjut.
Menganjurkan Lawatan Untuk Kanak-Kanak
08/06/2024. Membawa kanak-kanak melawat kilang coklat. Seramai120 orang kanak-kanak berumur 7-12 tahun terlibat. Program ini bertujuan memberi pendedahan kanak-kanak kepada konsep pembelajaran di luar bilik darjah. Ia sebahagian daripada longlife learning.. Sila klik untuk berita lanjut.
Bantuan Kewangan Pelajar UTHM
04/06/2024. Bantuan kewangan kepada pelajar UTHM yang menghadapi risiko terpaksa berhenti belajar. Bantuan disampaikan oleh wakil Yayasan Pendidikan Hidayah, Prof Dr Alina Shamsuddin.
Kempen Kesedaran Perjuangan Palestin
24/05/2024. Menganjurkan bersama dengan MyCare, kempen kesedaran perjuangan Palestin. Ceramah disampaikan oleh penasihat MyCare PM Dr Hafizi Mohd Nor. Majlis dilaksanakan di Dewan Khandak, Sekolah Islam Hidayah.
Bantuan Kepada Asnaf
22/05/2024. Bantuan barang dapur untuk keluarga ibu tunggal Pn.Roslinah dari Stulang Laut, Johor Bahru. Beliau tidak mampu untuk berkerja atas masalah kesihatan dan hanya tinggal berdua dengan anak tunggal perempuan berusia 18 tahun.
Bantuan Buku dan Uniform Sekolah
15/05/2024. Bantuan buku sekolah dan baju sukan kepada 2 orang anak Pn.Rohana Hussein yang berkerja sebagai tukang masak di Hidayah Cafe. Suami beliau tidak boleh berkerja kerana menghidap penyakit jantung yang kronik sejak beberapa tahun yang lalu.
Bantuan Iftar Percuma
15/03/2024. Mengedarkan 130 pek iftar percuma kepada mereka yang memerlukan di kalangan penduduk perkampungan Kempas, Johor Bahru. Sila klik untuk berita lanjut.

Bantuan Ramadan

12/03/2024. Bantuan barang dapur kepada 10 keluarga asnaf sekitar Johor Bahru.
Sila klik untuk berita lanjut.

Bantuan Biasiswa Pelajar

10/03/2024. Bantuan biasiswa kepada pelajar di Sekolah Islam Hidayah. Mereka terdiri dari pelbagai latar belakang. Antaranya pelajar tahfiz, anak yatim atau pun pelajar dari keluarga asnaf. Bantuan yang diberikan antaranya dalam bentuk yuran pengajian, yuran asrama dan makan tengahari. Bantuan diberikan sepanjang tahun pengajian sesi 2024.

Bantuan Pengajian Universiti Jordan

07/03/2024. Bantuan kos pengajian kepada 3 orang mahasiswa di Universiti Yarmouk, Jordan. Muhammad Najmi Bin Mohd Shaiful Niza, Muhamad Arif Fikri Bin Mohd Azwan dan Danial Nur Iman Bin Anis Hillmi. Mereka masih belum menerima biasiswa atau pinjaman pendidikan daripada mana- mana pihak.

Bantuan Pendidikan

27/02/2024. Bantuan buku dan pakaian seragam sekolah kepada adik 11 tahun yang bersekolah di SK INDAHPURA 1 (Pendidikan Khas/Autisme), Kulai Johor.

Bantuan Pendidikan

24/02/2024. Serahan bantuan kepada keluarga En.Afzainizam bin Paimin yang beralamat di Parit Jawa, Muar. YPH membantu membayar yuran PIBG dan kos buku sekolah 2 orang anak beliau yang bersekolah di SMK Raja Muda, Muar, Johor.

Bantuan Pendidikan Back 2 School

20/02/2024. Serahan bantuan kepada keluarga bapa anak 7 orang, En.Md Haimin Bin Md Razali yang beralamat di Senai, Johor. YPH membantu membayar yuran PIBG, yuran sekolah agama dan kos buku sekolah 4 orang anak beliau yang bersekolah di SK Tmn Indahpura 2, Kulai Johor.

Khatan Perdana dan Bantuan Back 2 School

17/02/2024. Program Back2School dan Khatan Perdana YPH 2024. Peserta khatan : 55 orang. Peserta B2S : 95 orang. Semua penerima terdiri dari anak yatim, asnaf dan B40. Majlis diadakan di Dataran Amanah, Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru.
Sila klik untuk berita lanjut.
RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00

MAKLUMAN



Infaq minima RM20

Untuk mengambil kira kos pengurusan, nilai minima Infaq Iftar ialah 2 pek bersamaan RM20.

Harap maklum
RM
tajaan minimum RM 20.00 untuk 2 orang.
Select Payment Method
Personal Info

NOTA PENGECUALIAN LHDN

Untuk mendapat pengecualian LHDN anda perlu mengisi nombor kad pengenalan anda (sekiranya derma peribadi) dan nombor SSM/ROS (sekiranya derma ini adalah bagi pihak syarikat).

Alamat juga perlu disertakan. Sekiranya derma peribadi, letakkan alamat sendiri dan sekiranya derma syarikat, letakkan alamat syarikat.

Terima kasih.

Donation Total: RM100.00