YPH Di Seminar Kemasukan Tahun 1 SRIH 2020

Skudai, 13 Julai 2019: Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah menganjurkan Seminar Kemasukan Tahun 1 bertempat di Dataran Amanah, SRIH.

Seminar ini ditujukan khas kepada ibubapa baru yang memohon kemasukan anak ke Tahun 1 sesi 2020 di SRIH.

Melalui seminar ini ibubapa diperkenalkan kepada falsafah, misi dan visi pendidikan Hidayah. Sejarah penubuhan, pembangunan dan perancangan masa depan sekolah juga dikongsikan. Peserta kemudiannya diterangkan sistem pengurusan sekolah.

 

Pengurus Besar Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH), Tuan Haji Ahmadon Bakri yang juga merupakan ahli Lembaga Pengelola Hidayah (Pembangunan Fizikal) telah menerangkan sejarah 30 tahun penubuhan, pembangunan dan perancangan masa depan sekolah. Peranan dan fungsi YPH juga telah diterangkan.

SRIH telah membuka permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2020 sejak awal Mei 2019. Permohonan telah ditutup pada akhir bulan Jun 2019.

Sebanyak 319 permohonan Tahun 1 telah diterima. Dari jumlah ini, sebanyak 194 merupakan ibubapa baru dan 125 ibubapa lama. 

Pada sesi 2020 SRIH hanya menyediakan 6 kelas Tahun 1 dengan bilangan pelajar 36 orang setiap kelas. Ini menjadikan jumlah pelajar yang akan diterima masuk 216 orang sahaja.  

Saringan pelajar terpaksa dibuat. Pemilihan pelajar akan menggunakan sistem pemarkahan yang antaranya ialah kehadiran Seminar Kemasukan Tahun 1, ujian ringkas kepada pelajar dan sesi temubual dengan ibubapa.