Yayasan Bantu Asnaf Kampung Sungai Melayu

Gelang Patah, Johor, 11 Mei: Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) telah bersama-sama IKRAM Iskandar Puteri menyantuni 100 orang asnaf di Kampung Sungai Melayu, Gelang patah, Johor bahru.

Majlis Bingkisan Ramadan yang di diadakan di Balai Raya Kampung Sungai Melayu itu telah dirasmikan oleh ADUN Kota Iskandar, YB Sr Haji Dzulkefly Ahmad.

Yang Di Pertua IKRAM Iskandar Puteri, Prof Dr Aizaini Maarof dan dan ahli-ahli telah 

datang menyempurnakan majlis.

Turut hadir dan memberi sumbangan ialah Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, En Chong

Para peserta golongan asnaf telah diberi bantuan beras, minyak masak, gula dan beberapa barang keperluan dapur yang lain.

Pengurus Besar YPH Tuan haji Ahmadon Bakri telah mewakili yayasan menyampaikan bantuan tersebut.

YPH adalah yayasan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bantuan ini adalah sejajar dengan tujuan penubuhan YPH iaitu menyediakan kemudahan pembelajaran dan bantuan pendidikan kepada Sekolah Islam Hidayah khususnya dan masyarakat umum yang memerlukan tapi berpotensi amnya.