Kunjungan Datin Dr Nila Armila Mukdan

Skudai, 11 Jun 2019: Sekolah Islam Hidayah telah menerima kunjungan Datin Dr Nila Armila Mukdan.

Kehadirannya ke Hidayah telah disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah Tuan Haji Hasan Hushin, Pengurus Besar Yayasan Pendidikan Hidayah Tuan Haji Ahmadon Bakri, Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah Ustaz  Mohd Jelani Ramli, Pengetua SMIH, Guru Besar SRIH dan  beberapa ahli LPH yang lain. 

Sesi taklimat khas telah disampaikan oleh Pengurus Besar Yayasan Pendidikan Hidayah.

Tujuan lawatan Datin Dr Nila, yang juga merupakan isteri Menteri Besar Johor adalah untuk mengenali lebih dekat berkenaan Sekolah Islam Hidayah  dan pengoperasiannya.

Sesi taklimat diikuti dengan perbincangan dua hala, lawatan ke persekitaran sekolah, kemudahan yang disediakan  dan ramah mesra bersama guru-guru. 

 

Lawatan ini jelas menunjukkan keperihatinan Datin Dr Nila kepada sistem pendidikan bersepadu terutamanya yang dilaksanakan di Sekolah Islam Hidayah.

Datin Dr Nila Armila hadir dengan ditemani bapanya Dr Mukdan, merupakan seorang pesara doktor perubatan dan pensyarah universiti di Indonesia.