Hajah Rukayah bt Hj Ahmad

Ketika jenazah anak kepada Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) baru sahaja selesai disolatkan, diterima berita pemergian seorang insan yang sangat bermakna kepada Sekolah Islam Hidayah.

Beliau ialah Hajah Rukayah bt Hj Ahmad yang telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira selepas waktu isya’, hari Isnin, 9 Dec 2019. Beliau juga adalah ibu kepada Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah BP, Puan Normah Sukayat.

Allahyarhamah telah menginfaqkan tanah 6 ekar kepunyaannya untuk tujuan pendidikan Islam. PPH telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan hasratnya itu.

Pada 4 Ogos 2016, pimpinan PPH, bersama peguam PPH telah mengunjungi Allahyarhamah di rumahnya di Batu Pahat dan mendengar sendiri hasratnya itu.

Kini urusan infaq telah selesai dan PPH dalam perancangan untuk mendirikan Pusat Tahfiz Hidayah Batu Pahat.

Allah menjadi saksi atas kemurahan hati Allahyarham, menginfaqkan hartanya untuk pendidikan Islam. Semoga amal soleh ini akan diterima Allah menjadi saham akhirat yang pahalanya sentiasa mengalir walaupun jasad sudah tiada di dunia.

Semoga kebaikannya ini menjadi teladan bagi kita yang masih hidup.