Bantuan YPH Kepada PIBG Hidayah

Skudai, 8 Julai 2019: Yayasan Pendidikan Hidayah telah menyampaikan bantuan kewangan kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan PIBG Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).

Majlis penyerahan telah disempurnakan di Bilik Lembaga, Sekolah Islam Hidayah. Majlis ini dilaksanakan bersempena 

dengan majlis penyerahan van yang diusahakan oleh PIBG SMIH kepada Pusat Pendidikan Hidayah (PPH).

Bantuan kewangan YPH telah disampaikan oleh Pengurus Besar YPH, Tuan Haji Ahmadon Bakri. Bantuan telah diterima oleh pengerusi masing-masing PIBG SRIH dan PIBG SMIH.

Tuan Haji Ahmadon berharap dengan bantuan kewangan ini akan membolehkan 

PIBG SRIH dan SMIH akan dapat menjalankan aktiviti pelajar dengan lebih lancar dan berkesan. 

Sejak ditubuhkan pada 10 Dec 2018, ini adalah kali pertama YPH memberikan bantuan kewanganm kepada PIBG SRIH dan SMIH. Ia selaras dengan objektif YPH ditubuhkan yang antaranya ialah untuk memberi bantuan pendidikan kepada pelajar Sekolah Islam Hidayah.

Pengurus Besar YPH, Tuan Haji Ahmadon Bakri (tengah) menyerahkan bantuan kewangan kepada Pengerusi PIBG SRIH, Dr Abd Rahman Tamuri (kiri) dengan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah, Tuan Haji Hasan Hushin (kanan).

Pengurus Besar YPH, Tuan Haji Ahmadon Bakri (tengah) menyerahkan bantuan kewangan kepada Pengerusi PIBG SMIH, Dr Wan Ibrisham Fikry Wan Ismail (kiri) dengan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah, Tuan Haji Hasan Hushin (kanan)