Asrama Banin

Kisah bermula apabila dua orang sahabat ketika bersama-sama di tingkatn 5 di sebuah sekolah asrama penuh dalam negara telah bercita-cita untuk berkongsi membuka perniagaan. Ketika itu mereka bernazar “Jika kita berjaya dalam perniagaan, kita akan dermakan RM1juta”

Masa pun berlalu. Selepas keluar dari alam persekolahan, merek memulakan perniagaan. Tahun demi tahun perniagaanya berkembang dan akhirnya berjaya. Maka mereka pun ingin melaksanakan nazar yang telah dibuat ketika mereka di tingkatan 5 dahulu.

Mereka pun mula mencari tempat yang dirasakan sesuai untuk melaksanakan nazarnya. Satu demi satu tempat dicari namun mereka masih tidak berpuas hati.

Akhirnya, melalui usaha sepupu salah seorang di antara  mereka, maka bertemulah mereka  dengan Sekolah Islam Hidayah. 

Urusan pun dibuat. Mereka dijemput datang ke Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru. Pembentangan berkaitan sejarah pembangunan, operasi, misi dan visi sekolah telah dikongsikan.

Selesai pembentangan, salah seorang di antara mereka membuat ucapan balas.  Di akhir ucapannya dia mengatakan “..setelah 3 tahun pencarian dibuat maka kami berpuas hati untuk melaksanakan nazar derma RM 1 juta kami kepada Sekolah Islam Hidayah..”.

Derma itu kemudiannya telah digunakan untuk membina Asrama Banin (lelaki), Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Semoga keberkatan Allah sentiasa melimpahi rezeki dan kehidupan mereka berdua.